[naib] | ناءيب
Definisi : 1. pengganti, wakil: ~ raja; ~ kadi wakil kadi di sesuatu tempat (utk menjalankan tugasnya); 2. penolong kpd, timbalan, ... muda; ~ yg dipertua penolong (timbalan) yg dipertua; ~ laksamana ark laksamana muda; 3. Id kadi; ~ johan pemenang kedua (dlm pertandingan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[naib] | ناءيب
Definisi : 1 penolong kpd ketua; timbalan: ~ Yang Dipertua. 2 wakil; pengganti: ~ raja. ~ johan pemenang yg kedua (dlm pertandingan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)