Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.jis] | نجيس

Definisi : 1. kotoran (spt air kencing, tahi) yg membatalkan sembahyang: orang Islam tidak boleh kena air liur anjing, ~; 2. sesuatu yg mencemarkan: awak semua selalu buat kotor dan suka menabur ~ di tengah jalan; ~ besar tahi; ~ kecil air kencing; 3. bp jijik: ~ melihat kelakuannya itu; ~ dadah dadah yg mem­bahayakan orang yg menyalahgunakannya; membasuh ~ dgn mala prb menutup ke­salahan atau rasa malu dgn cara yg lebih menghinakan lagi; bernajis dinodai, dikotori atau dicemari najis: pakaian itu masih ~;menajiskan 1. menjadikan kotor, men­cemar­­­­kan, mengotorkan: ~ benda yg suci; 2. menganggap najis (tidak suci, cemar): jangan dekati barang yg dinajiskan agama; ternajis menjadi kotor, menjadi cemar, tercemar: hati itulah yg hendak dijaga supaya tidak ~ dan tercemar; kenajisan perihal najis, kekotoran, ke­cemar­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.jis] | نجيس

Definisi : 1 tidak suci (dr segi agama Islam); kotor: Air liur anjing adalah ~. 2 se­sua­tu yg kotor (spt tahi, air kencing); kotor­an. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
najis (kata nama)
Bersinonim dengan tahi, air kencing, kumuhan, kumbahan, kotoran, buangan;,
Kata Terbitan : menajiskan, ternajis, kenajisan,

Peribahasa

Mengejar (= mengejan) tuah,
     najis keluar.

Bermaksud :

Terlampau mengharap-harapkan kemuliaan, mendapat hina sebaliknya. ejan = teran.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
NajisZulkefli AmirUtusan Zaman01.05.1988
NajisAbdul Halim "R"Berita Minggu07.02.1991
Rumah, Toyol dan NajisM. Jusoff TaibMingguan Raayat05.06.1975
Rumah, Toyol dan NajisM. Jusoff TaibMingguan Raayat05.06.1975
Rumah, Toyol dan NajisM. Jusoff TaibMingguan Rakyat01.06.1975
Hang Tuah berlumur dengan najisPak MatlobBerita Minggu11.08.1985

Kembali ke atas