Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : tidak tebal, tipis; menipis menjadi nipis; menipiskan menjadikan nipis; kenipisan keadaan atau sifat nipis: ~ cakera brek boleh mengeluarkan bunyi bingit; penipisan proses atau perbuatan menipis atau menipiskan: ~ ozon yg disebabkan oleh pembakaran plastik secara terbuka adalah membahayakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : ; ~ kulit sj tumbuhan (pokok), delek ayam, Ixora concinna; limau ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Citrus mecia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : sj ikan laut, Opisthopterus tardoore. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : tidak tebal; tipis: Bajunya dibuat drpd kain ~. menipis menjadi nipis: Cermin itu semakin ~ di tengah-te­ngahnya. menipiskan menjadikan (se­suatu) nipis: Getah yg sudah beku itu dike­luarkan dr takung dan dinipiskan dgn mesin tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nipis
Rujuk :tipis

Puisi
 

Kalau tuan meragi kain,
     Biar nipis jangan jarang;
Kalau tuan mencari lain,
     Biar lebih daripada terkurang.


Lihat selanjutnya...(6)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Nipis KikisHasyuda AbadiUtusan Borneo28.07.2008
Nipis KikisHasyuda AbadiUtusan Borneo23.06.2008
Telinganya nipis, perasaannya pantang tersentuhHantu RayaUtusan Melayu22.05.1978
Kertas Nipis Bersampul BiruNoor S. IBerita Minggu19.09.1971
Jarang dan NipisJamaludin DUtusan Zaman03.12.1995
Model Bergaun NipisZakry AbadiBacaria26.06.1987
Segelas Teh Nipis Dicicip Lidah Yang SakitAli Haji AhmadUtusan Zaman10.02.1980
Buku tebal, isinya nipisNordin SaadUtusan Malaysia14.09.1996
Cerpen "Senja Yang Pitam II" nipis isinyaDaniel Jebon JanaunBorneo Mail02.03.1997

Kembali ke atas