[o.pe.ra.si] | اوڤراسي
Definisi : 1. pembedahan: ia sanggup menjalani suatu ~ asal sahaja penyakitnya itu boleh hilang; 2. perjalanan (alat, pesawat, jentera, dll): buku ini juga menjelaskan ~ beberapa alat berdasarkan prinsip mekanik; 3. kegiatan (syarikat perniagaan, perusahaan, dsb); 4. gerakan tentera, polis, dll: ~ jenayah dan keselamatan; daerah ~ daerah yg sedang dijalankan gerakan tentera; kamar ~ a) bilik tempat dilakukan pembedahan, bilik bedah; b) bilik tempat dikawal atau dikendalikan sesuatu gerakan, bilik gerakan; eroperasi 1. melakukan gerakan (tentera dll); 2. bergerak, berjalan: menerangkan cara sistem itu ~ dlm situasi-situasi baru; 3. menjalankan kegiatan (perniagaan dsb): sehingga kini sebanyak 15 buah syarikat telah ~; mengoperasi melakukan pembedahan (atas), membedah: ~ orang yg sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[o.pe.ra.si] | اوڤراسي
Definisi : 1 gerakan tentera, polis dll utk mencegah atau utk mengawal sesuatu: ~ mencegah jenayah. 2 gotong-royong yg dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terhadap kerja-kerja kebajikan: Masyarakat kampung itu menjalankan ~ membersihkan masjid dan kawasan perkuburan. 3 proses hitungan campur, hitungan tolak, hitungan darab dll yg dilakukan mengikut tatacara tertentu. ~ dedua operasi yg menggabungkan dua unsur utk menghasilkan unsur yg ketiga (spt 2 + 5 = 7). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)