Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm se­suatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan: ~ kaum wanita; ~ politik; berorganisasi mempunyai organisasi, ter­susun dgn baik dan rapi: kaum tani mulai ~ dlm gerakan pertahanan rakyat; kejayaan hidup berkeluarga bergantung pd kejayaan dirinya hidup ~; keganasan yg dilakukan secara ~; mengorganisasikan mengatur dlm organi­sasi, menyusun menjadi kesatuan dsb yg ter­atur: ~ badan politik; pengorganisasian perihal (proses) meng­orga­ni­sasikan sesuatu: institusi itu menitik­beratkan ~ ilmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kesatuan (susunan) ber­bagai-bagai bahagian (orang dsb) yg bersistem dlm sesuatu pertubuhan atau perbadanan, dan mempunyai tujua­n tertentu. mengorganisasikan menyu­sun dan mengurus berbagai-bagai bahagian (orang dsb) sehingga men­jadi sebuah organisasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
organisasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pertubuhan, perbadanan, persatuan, persekutuan, kesatuan, kumpulan, badan, agensi, jabatan, gabungan, lembaga, syarikat, yayasan, firma, institut, konsortium, kelab, parti, sindiket.,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Organisasi masyarakat dunia Melayu perlu dibentuk - Dr. DarwisTiadaUtusan Malaysia28.01.1988
Organisasi penulis perlu sertai penerbitanJamudin IdrisBerita Harian03.08.1995
Organisasi penulis memerlukan dinamisme baruAshaari MuhammadWatan Minggu30.11.1997
Organisasi Asas 50 dan kepentingan akhbarDino S. SBerita Harian20.04.1991
Organisasi karanganIlias Haji ZaidiUtusan Malaysia18.11.1987
Falsafah organisasi UMNOJaafar RahimUtusan Malaysia25.10.1995
Pengurusan organisasi cemerlang berasaskan bahasaAhmad Zaki Abu BakarUtusan Borneo05.01.1996
Pengurusan organisasi cemerlang berasaskan BahasaAhmad Zaki Abu BakarUtusan Borneo04.06.1996
Cintailah Organisasi KitaPuzi HadiWatan01.05.1989
Memperkasa organisasi budaya dan penulisSutung Umar RSBerita Minggu12.09.2004
123

Kembali ke atas