Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.gut] | ڤاݢوت

Definisi : ; memagut mematuk (ular, burung, dll), mencatuk; pagutan hasil memagut, patukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.gut] | ڤاݢوت

Definisi : Mn; berpagut; ~ lutut berpeluk (berdakap) lutut, tidak membuat kerja apa­-apa; memagut 1. memeluk, mendakap: dia menangis tersedu-sedu sambil ~ bantal gulingnya; 2. ki mengelubungi, menyelubungi: kesepian terus juga ~ ; di kala senja ~ bumi; pagutan pelukan, dakapan: lama sekali kepala yg mongel itu dlm ~nya; sepemagutan sepemeluk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.gut] | ڤاݢوت

Definisi : ; memagut mengenakan paruh atau mulut pd sesuatu dgn cepat; mematuk dgn paruh (bkn ayam dll); menggigit (bkn ular); mencatuk: Burung kakaktua itu terus ~ mata anak raja itu sehingga buta. pagutan hasil memagut; patukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pagut


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
WanitaOliva S. PagutBerita Harian13.04.1990

Kembali ke atas