[pa.lang] | ڤالڠ
Definisi : 1. sesuatu (kayu, besi, dll) yg dipasang melintang (sbg pengunci, penggalang, paksi, dll); 2. tanda silang (spt tanda campur + atau tanda kali ×); ~ jalan a) batang besi dsb utk menghalang jalan (lalu lintas); b) pengadang jalan yg memotong atau menyeberangi landasan kereta api; P~ Merah pertubuhan atau persatuan sukarela antarabangsa (yg berlambangkan tanda campur berwarna merah) yg berkhidmat utk kemanusiaan (spt menolong mangsa peperangan, mangsa bencana alam dsb); ~ pintu kayu yg dipasang melintang pintu (utk menguncinya); memalang mengenakan (memasang) palang; memalangi mengenakan (memasang) palang pd; memalangkan 1. menggunakan sesuatu sbg palang; 2. memasang (mengenakan dll) melintang spt palang; 3. menghukum mati pd kayu palang (salib), menyalibkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pa.lang] | ڤالڠ
Definisi : 1 kayu dll yg dipasang melintang sbg kunci dll: ~ pintu kayu yg dipasang melintang pd pintu utk menguncinya. 2 tanda silang spt tanda campur (+) atau tanda darab (x). 3 garis selari yg terdapat pd cek dsb yg menandakan bahawa cek itu tidak boleh ditunaikan tetapi hanya boleh dikreditkan ke dlm akaun. ~ jalan kayu dll yg dipasang utk menggalang jalan; penutup jalan drpd kayu dll yg dipasang melintangi jalan. ~ Merah nama pasukan antarabangsa yg membuat kerja-kerja kebajikan (spt menolong orang sakit). memalang 1 memasang palang pd; menyokong atau menyangga dgn palang: ~ pintu. 2 membuat garisan selari pd cek dsb. memalangkan 1 meletakkan sesuatu secara melintang; menggunakan sesuatu sbg palang: ~ pedang pd dinding. 2 menyalibkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)