Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.mér] | ڤامير

Definisi : (pamér) mempertunjukkan (pakaian, kebolehan, dll); mempamerkan 1. mempertunjukkan atau memperagakan (pakaian dll): Kadir senang benar ~ pengetahuannya; 2. mempertunjuk­kan kpd orang ramai terutama utk tujuan pertandingan atau demonstrasi: ~ lukisan dan arca ciptaan tanah air; pameran pertunjukan (hasil seni, buku, dll); pempamer pihak atau orang yg mempamer­kan sesuatu produk, barang dsb: pameran ini mencatat sejarah dgn penyertaan lebih enam ribu ~ dr kira-kira dua ratus buah negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.mér] | ڤامير

Definisi : /pamér/; mempamerkan 1 menunjukkan serta menggayakan (pakaian dll): ~ pakaian fesyen baru. 2 menunjukkan kpd umum utk dijual, dipertandingkan dll: ~ lukisan kanak-kanak. pameran pertunjukan barang-barang utk dijual dll: ~ buku sedang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pamer
Kata Terbitan : mempamerkan, pameran,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pamer buku bahasa Melayu di ruang utamaAkhbar:  Mingguan Malaysia27.08.2000
Pamer keistimewaan seni bina IslamTiadaBerita Harian27.05.1997
UPM pamer al-Quran tertua Asia Tenggara-Kosmo15.10.2008
Muzium pamer keunikan adatAhmad Naim TahirBerita Harian14.04.2007
KPMB pamer wajah Rajeswari dalam puisiShaidah ShafieBerita Harian22.03.2007
Finas pamer koleksi bintang filem lama di Galeri PerfilemanZainuri MisfarBerita Harian24.03.2007
Muzium pamer 6,00 artifakAdib ZalkapliKosmo14.06.2006
UM pamer Seni Rupa Melayu mulai 17 NovTiadaBerita Harian09.11.1979
Memoir pamer semangat juang ShaharomTiadaBerita Harian04.01.1997
Peluang pamer bakat nyanyi lagu puisiTiadaBerita Harian24.05.1997
123456

Kembali ke atas