Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.gang] | ڤڠݢڠ

Definisi : yg dimasak (dipanaskan, didingin­kan) di atas bara api: ayam ~; ikan ~; pulut ~; ~ peringgi baru hendak masak (padi dll); jauh ~ dr api prb tidak kena atau jauh drpd yg dimaksudkan; memanggang 1. memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api: ~ ikan; 2. Mn membakar: maka berkedut-kedut yg hitam dipanggang cahaya matahari; dipanggang tiada hangus prb beberapa kali menempuh kesusahan (bahaya) tetapi selamat; terlampau panggang jadi hangus prb terlalu meninggikan diri jatuh juga akhirnya; panggangan 1. bahan yg dipanggang; 2. hasil memanggang; pemanggangan perihal (proses atau per­buatan) memanggang; pemanggang alat (penyepit) yg digunakan utk memanggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.gang] | ڤڠݢڠ

Definisi : ; memanggang memasak sesuatu di atas bara api dsb: ~ ayam. pemanggang alat yg digunakan utk memanggang sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panggang

Puisi
 

Panggang simbubu tak bertulang,
     Entahkan pandan meluruti;
Emak di kubur takkan pulang,
     Entahkan badan menuruti.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Terlampau panggang jadi hangus.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Hati Tupai PanggangA. Wahab RaufUtusan Zaman02.07.1972

Kembali ke atas