Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.rit] | ڤاريت

Definisi : 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); berparit mempunyai parit: kebun sayurnya agak luas, berpagar dan ~ di sekelilingnya; memarit membuat (menggali) parit; perparitan yg berkaitan dgn parit: masalah bekalan air dan ~; pelan-pelan ~; projek ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rit] | ڤاريت

Definisi : 1 alur yg dibuat utk mengalirkan air ke luar; longkang. 2 lubang panjang di tanah tempat berlindung atau tempat berkubu dlm peperangan. 3 tali air utk mengairi sawah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parit (kata nama)
Bersinonim dengan longkang, alur, saluran, saliran, tali air, alahan, bendar, siring, solokan, selokan, apuran, got.,

Puisi
 

Dari Parit ke Tanjung Piandang,
     Singgah sekejap membeli roti;
Bila sudah wajah terpandang,
     Tetap tersimpan di lubuk hati.


Lihat selanjutnya...(8)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Parit Raja, O Parit Raja!Yahya IsmailMingguan Kota16.10.1988
Parit RasipanGunawan MahmoodMingguan Bumi24.03.1984
Parit Kecil Dan Sebuah IngatanTuan Faridah Syed AbdullahBerita Minggu01.06.1990
Parit Kecil dan Sebuah IngatanTiadaBerita Minggu10.06.1990
Parit Kecil dan Sebuah IngatanTiadaBerita Minggu10.06.1990
Parit Kecil Dan Sebuah IngatanTuan Faridah Syed AbdullahBerita Minggu10.06.1990
Parit Kecil dan Sebuah IngatanTiadaBerita Minggu10.06.1990
ParitNurul Ain JoharBerita Harian (Skor)10.05.2001
Penulis Parit akan terbit antologi sajakTiadaBerita Harian09.07.1973
Sekolah Parit Raja tidak ketinggalan memperkembang tulisan jawiAdam Mohd. NorUtusan Melayu22.02.1988
123

Kembali ke atas