Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
patah (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sekah: serkah, pukah, ripuk, kopak, sempal, jahanam,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terhenti, tergencat, terencat, tergendala, terhalang, terbantut, terbengkalai, terkandas,

Kata Terbitan : berpatah, mematahkan, pematahan, pematah,

Puisi
 

Kalau bergelang jangan patah,
     Kalau patah dalam perahu;
Hati adik tidak berbelah,
     Orang tidak mahu manalah tahu.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Patah tongkat berjermang (= bertelekan).

Bermaksud :

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu.

 

Lihat selanjutnya...(59)

390

Misfortunes never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Antan patah lesung hilang.

It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, antan patah lesung hilang. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Siapa-kah yang patah dalam 'Patah Sayap'?Suhor AntarsaudaraBerita Harian11.03.1969
Patah tiang agung (Kelmarin Yang Hilang)Iman Al-HakimUtusan Malaysia05.12.2006
Patah HatiAripin SaidMingguan Wanita28.03.1992
Patah Sayap: dari segi sejarah penting, tapi teknik mengolah-nya tidakpula sunggoh2Ismail AhmadBerita Minggu05.03.1967
Patah Hati jelajah negaraIbrahim IdrisWatan08.09.1996
Patah Tumbuh Hilang BergantiDewa KemalaUtusan Zaman08.07.1956
Patah Sayap Terbang JuaNoordin Abd. RazakBerita Minggu07.03.1991
Patah dayungIlias ZaidiUtusan Zaman04.08.1968
Patah TumbuhNazim Mohd SubariMingguan Wanita30.09.1990
Patah tumbuh hilang bergantiAbdul samad IsmailBerita Harian10.11.1989
12345678

Kembali ke atas