Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.tuh] | ڤاتوه

Definisi : menurut (perintah, peraturan, hukum, dll), taat, tidak membantah: ke mana sahaja diperintahkan pergi, dia mesti ~; orang yg kalah undian ini mesti ~ kpd keputusan ramai; ~ janggal nampak sahaja patuh tetapi sebenarnya tidak; mematuhi menurut (perintah, suruhan, dll), mentaati: Udin ~ cakap ibunya; pemuda-pemuda Jepun ~ ajaran-ajaran Kongfutze; kepatuhan perihal patuh (menurut perintah dll), sifat patuh, ketaatan: ~ mereka itu memerlukan balasan yg sama; pematuhan perbuatan mengikut perintah: ~ dan pengabdian masih lagi diutamakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tuh] | ڤاتوه

Definisi : tidak membantah sebarang suruhan atau perintah; menurut; taat: Kita hendaklah sentiasa ~ kpd undang-undang negara. mematuhi berlaku taat pd; mentaati: Ali ~ nasihat ibunya. kepatuhan sifat patuh: ~ terhadap peraturan yg ada memang perlu bagi menjayakan program itu. pematuhan perbuatan, hal dsb patuh atau mematuhi: ~ yg membabi buta tidak akan mendatangkan kebaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patuh (kata kerja)
Bersinonim dengan taat, setia, tunduk, tunak, patih; soleh, takwa, tawaduk, taslim, turut, ikut, akur, setuju;,
Kata Terbitan : mematuhi, kepatuhan,

Peribahasa

Air orang disauk,
     ranting orang dipatah,
adat orang diturut.

Bermaksud :

Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
PatuhArwai A. RMingguan Islam20.05.1986
Anak2 lebih patuh pada gurunyaHamidah HassanBerita Minggu08.01.1976
Orkes RTM patuh gunakan alat-alat tradisionalWahbaUtusan Zaman04.07.1976
Stesen TV tak patuhSadatul Mahiran Rosli dan Saiful Haizan HasamUtusan Malaysia11.04.2007
Anjing-anjing Yang PatuhJamaludin MatUtusan Zaman09.01.1972
Siswa-siswa mesti patuh ikrarTiadaUtusan Malaysia28.05.1975
Perang Kerambit : Bahagain ke15 - Dalam patuh ada hatinyaTiadaUtusan Zaman28.06.1987

Kembali ke atas