Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.dang] | ڤدڠ

Definisi : senjata yg panjang bilahnya, biasanya tirus di hujungnya dan tajam; ~ beladau pedang pendek; ~ bentuk pedang yg melengkung bilahnya; ~ ekor pari = ~ setiabu pedang yg bersegi tiga matanya; ~ jenawi pedang panjang yg dipegang dgn dua belah tangan; ~ kerajaan pedang kebesaran (raja dll); ~ lurus (serunai) pedang utk bermain anggar; ~ rumput sj alat spt pedang utk memotong rumput; main ~ berlawan pedang; (spt) kena ~ bermata dua prb terlalu sakit hati; menepek mata ~ prb menentang orang yg kuat (berkuasa); memedang menetak dgn pedang; ~ rumput memotong rumput (dgn pedang rumput). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.dang] | ڤدڠ

Definisi : senjata spt parang yg panjang serta tajam bilahnya. ~ beladau pedang yg pendek bilahnya. ~ bentuk pedang yg melengkung bilahnya. ~ ekor pari pedang yg bilahnya berbentuk tiga segi. ~ rumput pisau spt pedang utk memotong rumput. ~ samurai pedang yg panjang, tajam dan berkilat bilahnya dan digunakan oleh anggota Samurai. memedang memotong atau menetak dgn pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pedang

Puisi
 

Dipetik nanas dengan pedang,
     Dimakan orang Kuala Teri;
Kusangka panas hingga ke petang,
     Rupalah hujan di tengah hari.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pedang TerhinaLisa binti JamainUtusan Sarawak23.07.2008
Pedang KeringatA Hamid JemainBerita Minggu19.08.2007
Pedang dalam adat dan kebebasan Diraja PerakTiadaMingguan Wanita17.03.1989
Pedang PermainanKamariah BabaMingguan Malaysia31.05.1987
Pedang MujahidIbadrie J. MMingguan Famili14.01.1990
Pedang KayuIrwan Abu BakarBerita Minggu25.01.2004
Mata PedangHassan Abdul MajidMingguan Watan26.01.1997
Lepas pedang pentas gatra juga...Pak Pandir ModenUtusan Malaysia21.03.1974
Dengan Pedang Fitnah (buat Zia D. H)Kalam SenimanBacaria27.10.1992
Pemilik Pedang HujahNazmi YaakubBerita Minggu28.08.2005
123

Kembali ke atas