Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.du.li] | ڤدولي

Definisi : menghiraukan, meng­ambil perhatian akan, endah akan: dia sedar ramai orang memerhatikannya tetapi dia tidak ~; ~ apa dgn benda-benda yg tidak menguntungkan; ambil ~ a) mengendahkan; b) turut campur (hal orang lain); mempedulikan 1. mengambil perhatian akan, mengendahkan: nasihat kawan-kawannya tidak dipedulikannya; 2. turut campur (dlm hal orang dll): aku memang tak mahu ~ hal orang lain; kepedulian perihal atau sikap ambil peduli (ter­hadap seseorang atau sesuatu), perhatian, ke­prihatinan: badan korporat turut memperlihatkan ~ yg besar apabila mereka turut menganjurkan teater atau apa jua acara kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.du.li] | ڤدولي

Definisi : menaruh minat atau perhatian terhadap sesuatu: Dia tidak ~ akan nasihat orang tuanya. mempedulikan memberikan perhatian terhadap; menghiraukan; mengendahkan: Setelah masuk ke lubang, penyu itu tidak ~ apa-apa lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peduli
Kata Terbitan : mempedulikan,

Puisi
 

Cik Ali main guli,
     Main guli masuk lubang;
Apa peduli cincin di jari,
     Cincin di jari diberi abang.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Berbenak ke empu kaki.

Bermaksud :

Tidak peduli baik atau jahat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Siapa peduli akhbar Melayu?Ku Seman Ku HussainMingguan Malaysia21.12.2008
Usah PeduliAdnan A.M.Mingguan Malaysia26.05.2008
Siapa peduli dengan nasib persatuan sastera?Azman IsmailUtusan Malaysia15.02.2007
Siapa PeduliAbdul Halim AliHarakah21.03.1997
Tidak peduli dianggap anehNorzaila RosliMingguan Malaysia01.02.2004
Penulis tak peduli imejHamid KarimMetro Ahad30.06.1996
Mereka Tidak PeduliSham SBorneo Mail28.09.1997
Mereka Tidak Peduli LagiSabar BohariMingguan Malaysia (Seni dan Sastera)09.06.2002
Penulis tak peduli tatabahasaHasjuMingguan Watan29.01.1995
Bahasa : siapa peduli lagiAwang SelamatMingguan Malaysia25.04.2004
123

Kembali ke atas