Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.li.ha.ra] | ڤليهارا

Definisi : ; memelihara 1. membela, menjaga, merawat: mereka ~nya sehingga ia dewasa; di rumah sakit dia dipelihara dgn sempurna; ~ tubuh drpd diserang oleh penyakit; 2. mengerjakan (mengusahakan, membina, dll) dgn baik; ~ pelajaran dan bahasa; ~ cucuk tanam; 3. menternak binatang: ia banyak ~ lembu; 4. mempunyai atau menyimpan (gundik dll); 5. membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dll); 6. menyelamatkan, melepaskan (melindungi) drpd baha­ya dll: dipeliharakan Allah drpd segala bala dan aniaya; terlalu adil sekali ia ~ negerinya; ~ lidah menjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yg kurang baik; terpelihara 1. dipelihara (dibela), terjaga: tanaman itu dlm keadaan tidak ~; 2. terlepas (terlindung) drpd bencana dll, terselamat: ~ drpd segala bahaya; peliharaan (orang dll) yg dipelihara, piaraan: anak-anak yatim piatu ~ Dato’ Bendahara itu pun pulang dr bermain; biri-biri ~ mempunyai bulu yg tebal serta lembut; keterpeliharaan keadaan terpelihara: ~ drpd kesalahan dan keabdian yg dijamin oleh al-Quran; pemeliharaan 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. pe­nyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah; pemelihara 1. orang yg memelihara; 2. suka memelihara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.li.ha.ra] | ڤليهارا

Definisi : ; memelihara 1 menjaga dgn baik; membela; merawat: ~ anak isteri; 2 mengusahakan atau mengolah sesuatu baik-baik; mengawasi dan menjaga baik-baik: ~ keamanan negara; ~ sawah ladang. 3 membela atau menternak (binatang): Pak Mat banyak ~ lembu. 4 melindungi (drpd bahaya dsb): Semoga Tuhan ~ kamu drpd sebarang malapetaka. terpelihara 1 dipelihara atau dibela; terjaga: Taman-tamannya tidak ~. 2 terlepas atau terlindung drpd bahaya dll. peliharaan sesuatu yg dipelihara; belaan: Kerbau ~nya gemuk-gemuk belaka. pemeliharaan perbuatan atau hal memelihara; penjagaan; pembelaan: Dia bercadang hendak menyerahkan Leman dlm ~ Cik Mat. pemelihara orang yg memelihara; penjaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelihara
Kata Terbitan : memelihara, terpelihara, peliharaan, pemeliharaan, pemelihara,

Puisi
 

Kalau tuan pelihara babi,
     Pohon selasih dipukul ribut;
Tinggallah tuan si buah hati,
     Kubawa kasih seumur hidup.


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pelihara dan hayati pantunDr Abdul Rahman IsmailUtusan Borneo21.03.2008
Pelihara seni silat Melayu.TiadaUtusan Malaysia (WS)25.05.2009
Pelihara silat agar tidak hilang ditelan zaman.TiadaKosmo (WS)05.05.2009
Pelihara kemuliaan Adat PerpatihMohd Khuzairi IsmailUtusan Malaysia12.03.2009
Pelihara martabat bahasa kebangsaan [rencana pengarang]-Utusan Malaysia28.10.2008
Pelihara pakaian tradisiAzah AzizHarian Metro09.03.1992
Pelihara keaslian pakaian Melayu - Azah AzizKalsum AhmadBacaria27.10.1993
Pelihara dan amalkan kebudayaan kitaAhat IsmailPelita Berunei22.05.1985
'Pelihara seni bina dan kesan sejarah'TiadaBerita Harian16.09.1987
Pelihara kedudukan bahasa MelayuIbrahim SaadBerita Harian20.11.1995
123456

Kembali ke atas