Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lu/] | ڤلوق

Definisi : 1. dakap, kapuk; bantal ~ bantal utk didakap, bantal golek (guling); 2. depa utk ukuran besar (benda bulat); berpeluk berdakap, berkapuk: Raja Puspa Dewi pun ~ bercium dgn adinda baginda; ~ tangan (tubuh) a) berdakap (bersilang) ta­ngan di dada; b) ki malas berusaha (bekerja); duduk ~ lutut a) duduk dgn tangannya mendakap lutut; b) ki malas berusaha (bekerja); berpeluk-pelukan, berpelukan saling ber­peluk: mereka ~ sebelum berpisah; memeluk mendakap, merangkul: maka baginda pun segeralah ~ dan mencium anak-anda baginda dgn tangisnya; ~ lutut a) men­dakap lutut; b) ki tidak membuat kerja apa-­apa; ~ agama menganut atau masuk sesuatu agama; terpeluk tak sengaja memeluk, dipeluk; takut di hantu, ~ ke bangkai prb kerana takutkan rugi sedikit lalu menderita kerugian yg banyak; pelukan perihal memeluk, dakapan: Soo Bee meratap serta merebahkan dirinya di dlm ~ ibunya; pemeluk 1. sebesar lingkungan tangan memeluk, depa (ukuran besar): si Badang boleh mencabut kayu-kayu dua tiga ~; 2. penganut atau pengikut agama: ~ agama Islam; sepemeluk sebesar lingkungan atau jangkauan tangan memeluk: Kumbai teringat lagi pd pokok sebesar ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lu/] | ڤلوق

Definisi : ; berpeluk dlm kedudukan rapat antara satu dgn lain dan tangan mengelilingi yg lain; berdakap. ~ tubuh a. berdakap (bersilang) tangan di dada. b. ki tidak mahu berusaha; malas bekerja. berpeluk-pelukan saling mendakap; berdakap-dakapan: Mereka ~ kerana terlalu gembira bertemu kembali setelah beberapa tahun berpisah. memeluk 1 memegang sesuatu rapat-rapat ke dada sendiri dgn kedua-dua belah tangan; mendakap; merangkul: Baginda pun ~ dan mencium anakanda baginda serta dgn tangisnya. 2 masuk atau menganut sesuatu agama: ~ agama Islam. pelukan hal memeluk; dakapan. pemeluk 1 sebesar lingkungan tangan ketika memeluk. 2 orang yg menganut sesuatu agama: ~ agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluk
Kata Terbitan : berpeluk, berpelukan, berpeluk-pelukan, memeluk, pelukan, pemeluk,

Puisi
 

Pinang tujuh tinggal enam,
     Jatuh sebiji di Gunung Daik;
Peluk tubuh rasa nak demam,
     Baru kutahu badan tak baik.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Niat hati nak peluk gunung,
     apakan daya tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Peluk Cium Ayah [Al-Fatihah Buat Isbiha]Khairil Idham IsmailBerita Minggu08.06.2008
Peluk Islam kerana cintaTiadaBacaria06.04.1988
Bantal peluk ...ukiran zaman dahuluAmiruddin HarunUtusan Malaysia20.09.1997
Seronoknya peluk pinggang gadisAhmad MahmudWatan22.09.1981
Sultan Melaka peluk IslamAripin SaidUtusan Malaysia19.03.1993
Ramai yang hendak peluk gunung terpeluk biawak hidupPak SakoUtusan Zaman27.01.1985

Kembali ke atas