Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngan.tin] | ڤڠنتين

Definisi : orang yg sedang menjalani isti­adat perkahwinan, mempelai: maka disambut oranglah ~ itu dibawa naik; ~ baru orang yg baru berkahwin; senapang ~ sj senapang yg berlaras dua; berpengantin 1. menjadi pengantin; 2. merayakan istiadat perkahwinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngan.tin] | ڤڠنتين

Definisi : ; kembang ~ Id sj tumbuhan (pokok renek), Nyctanthes arbortristis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngan.tin] | ڤڠنتين

Definisi : orang yg sedang menjalani istiadat perkahwinan; mempelai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengantin (kata nama)
Bersinonim dengan mempelai, raja sehari, kemanten.,

Puisi
 

Beras basah mari taburkan,
     Pengantin diarak gelak ketawa;
Puas sudah hamba hiburkan,
     Hati rindu terkenang jua.


Lihat selanjutnya...(13)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pengantin dalam beca mengusik kenangan lama di Melaka..Hamid JinsBerita Harian21.04.1976
Pengantin Dangau UsangSyed MahadzirBacaria07.02.1996
Pengantin berinai sempena malam Seruan SasteraTiadaUtusan Malaysia02.02.1982
Pengantin DuyungMarzuki AliWatan30.09.1983
Pengantin SyawalAdnan YusofBacaria06.05.1989
Pengantin Lari Cari JodohMohaiyuddin I. SMingguan Kota01.10.1989
PengantinNorzilah IsmailBacaria28.09.1989
PengantinAnisul JalisHarian Ekspres01.05.1992
PengantinAnisul-JalisHarian Ekspres01.01.1992
Pengantin Pulau EmasTiadaMingguan Wanita26.07.1985
12345678

Kembali ke atas