Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.luar] | ڤڠلوار

Definisi : 1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga; 2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina dan Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.luar] | ڤڠلوار

Definisi : orang (negeri, syarikat dll) yg mengeluarkan atau yg menghasilkan sesuatu: Malaysia ialah negara ~ getah asli yg utama di dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,

Peribahasa

74

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya.” Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur! ” tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pengeluar-pengeluar filem masih belum temui kepuasanTiadaBerita Harian30.07.1985
Pengeluar telefon diminta dapatkan nasihat Dewan Bahasa dan PustakaAkhbar:  Berita Harian09.09.2000
Pengeluar telefon bimbit abai bahasa MelayuHasliza HassanBerita Harian04.10.2000
Pengeluar perlu hasilkan filem-filem bermutu - Dr. MahathirTiadaBerita Harian03.03.1981
Pengeluar filem harus pentingkan mutu - KadirTiadaBerita Minggu22.04.1984
Pengeluar susu menyebabkan bayi terpisah dari ibuMohd. Ridzuan MohamadHarakah01.05.1992
Pengeluar susu menyebabkan bayi terpisah dari ibuMohd. Ridzuan MohamadHarakah22.05.1992
Mesyuarat Agung pengeluar filem Malaysia tegangZainuri MisfarBerita Harian19.03.2007
Akta Penyiaran: pengeluar filem drama tidak perlu bimbangAgoes KholilBerita Harian25.04.1991
Terengganu bakal pengeluar kraf terkemukaTuan Azam Tuan Johan dan Hilmi Rizal IliasUtusan Melayu06.06.2004
12

Kembali ke atas