Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngem.ba.ngan] | ڤڠمبڠن

Definisi : 1. perihal mengembang (men­jadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngem.ba.ngan] | ڤڠمبڠن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) mengembang atau mengembangkan: ~ ajaran agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka,
Berantonim dengan kuncup

2. Dalam konteks masakan
bersinonim dengan muai, bangkit, naik,
Berantonim dengan batat

Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pengembangan kreativitiAida OthmanBacaria29.02.1992
Pengembangan bahasa Melayu melalui sasteraYeop Johari YaacobUtusan Malaysia11.10.1994
Pengembangan bahasa Melayu tanggungjawab bersama - AnwarTiadaUtusan Melayu10.12.1988
Pengembangan bahasa memang perlu dan masuk PelitaAli, LukmanSinar Harapan14.06.1971
Pengembangan dan pembinaan klimaksOlie DharmaBuletin Utama28.11.1993
Pengembangan bahasa Melayu di Asia PasifikYeop Johari YaakobUtusan Malaysia29.11.1994
Pengembangan bahasa Melayu tugas semuaSazarina ShahrimBerita Harian26.07.2003
Cabaran Pengembangan Bahasa MelayuZubaidi AbasUtusan Borneo09.06.2008
Seminar pengembangan sastra dan pameran sastra Indonesia - MalaysiaTiadaKebudayaan02.09.1975
Penggunaan, pengembangan bahasa perlu di tingkatkanBernamaHarian Express06.01.1984
1234

Kembali ke atas