Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.si.lan] | ڤڠحاصيلن

Definisi : 1. perihal (usaha dsb) meng­hasilkan (mengeluarkan), pengeluaran: Malaysia sangat terkemuka dlm ~ timah; ~ getah dan minyak kelapa sawit; benda-benda biasanya melalui beberapa tingkatan dlm ~ dan pemakaiannya; 2. pendapatan, perolehan (wang dll): meskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia membantu kami; ~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting; pajak ~ Id pajak pendapatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ha.si.lan] | ڤڠحاصيلن

Definisi : perbuatan (usaha, kegiatan) menghasilkan; pengeluaran: ~ minyak; Malaysia terkenal dgn ~ bijih timah dan getah. Kita telah mengkaji bahawa perubahan kimia diikuti oleh penyerapan atau ~ haba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Peribahasa

Dalam berselam,
     dangkal berjingkat.

Bermaksud :

Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Penghasilan karya baru relatif perlahanHaini DaraniUtusan Sarawak23.05.2008
Penghasilan lirik perlu lebih realistikTengku Khalidah Tg. BidinUtusan Malaysia11.08.1997
Penghasilan buku-buku ilmiah tanggungjawab siapa?Shafiee ZakariaBerita Harian01.03.1984
Penghasilan buku kanak-kanak perlu penelitian mendalamDamanfirdausUtusan Malaysia16.11.1992
Kepelbagaian penghasilan cahaya dan bayangRabiatul Adawiyah Koh AbdullahUtusan Malaysia (Mega)09.01.2006
WBS: Elemen dalam penghasilan cerpen PadahEdith SulieUtusan Sarawak06.08.2008
"Dialog Puncak" merangsang penghasilan karya sasteraSaad TaibUtusan Melayu16.02.2001
Akademi Filem Malaysia: matlamat penghasilan karyawan filem nasionalTiadaBerita Minggu03.04.1988
Majalah sastera yang mengemudikan penghasilan karya dan pemikiran yangdiakui mutunyaTiadaUtusan Malaysia22.04.1985
Komunikasi syarat kejayaan bagi penghasilan teaterJohan JaaffarBerita Harian17.08.1978
12

Kembali ke atas