Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : 1. amat perlu, sangat berharga (ber­guna), mustahak: yg ~ baginya ialah pengakuan itu; perkara yg sangat ~; 2. ark genting (keadaan), berbahaya, tegang: musim yg ~; mementingkan memandang penting (berat, berguna, perlu, utama, dll), memberatkan, mengutamakan: mereka lebih ~ harta benda dan kesenangan hidup; ~ diri sendiri memi­kirkan hal (keuntungan) diri sendiri; kepentingan 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2. sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masing-masing mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3. hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau menguasai 52% ~ dlm syarikat tersebut; berkepentingan mempunyai kepentingan: tidak dibenarkan orang yg tidak ~ masuk ke dlm. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : ; mementingkan memetik kecapi (gitar dll), melambung (menghempaskan dll) supaya berbunyi “ting”. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : ; berpentingan berpelantingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : sangat perlu atau mustahak; amat berharga: Pelajaran memang ~ utk kemajuan kita semua. mementingkan menganggap penting; memandang berat: Orang yg tidak ~ pelajaran nescaya akan menyesal kemudian kelak. kepentingan 1 sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan: Dia sanggup berkorban utk ~ bangsa dan negara. ~ kebendaan keperluan akan harta benda. 2 keadaan atau hal penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,

Peribahasa

Berkelahi di ekor alahan.

Bermaksud :

Memperbantahkan sesuatu yang tidak penting atau yang sudah diselesaikan. alahan = bekas alur sungai, bendungan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kalau bahasa Inggeris penting bahasa Malaysia lagi pentingSamsuri RoslanWatan14.03.1991
Penting pelajaran lisan dalam pengajaran Bahasa MalaysiaRejab F.IUtusan Malaysia06.05.1981
PentingMasuri S. NUtusan Zaman21.10.1951
Penting sastera, budaya jadi kursus wajib di universiti-universitiMaswanUtusan Melayu15.11.1978
Penting sastera, budaya jadi kursus wajib di universiti2Maswan SallehUtusan Melayu15.11.1978
PentingMarsli N. OWatan Minggu13.04.1997
PentingMarsli N. OWatan Minggu20.04.1997
Penting atau tidak khayalan dalam karya?Baharudin C. DUtusan Zaman01.02.1981
Budaya penting dalam kehidupan, kata NasirAbd Naddin Haji ShaiddinUtusan Borneo07.03.2009
Adat penting 10perkahwinanHidayah MohammadBerita Harian05.09.2008
12345678910...

Kembali ke atas