Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyu] | ڤڽو

Definisi : sj kura-kura besar yg bertelur banyak; jenis-jenisnya: ~ belimbing, ~ karah, ~ lumpur, ~ pulau; ~ bertelur beribu-ribu seorang pun tiada tahu, ayam bertelur sebiji pecah khabar sebuah negeri prb keuntungan orang kaya walau bagaimana banyak pun tidak men­jadi sebutan orang, tetapi keuntungan orang miskin walau sedikit pun ramai dicakapkan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyu] | ڤڽو

Definisi : beberapa jenis kura-kura besar yg telurnya boleh dimakan (banyak terdapat di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia), Chelone mydas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penyu (kata nama)
Bersinonim dengan tuntung, katung, kambar, kambau, kura-kura besar, agal, labi-labi, abau.,

Puisi
 

Kuala Abang pasirnya putih,
     Tempat penyu membuat sarang;
Apa guna hati merintih,
     Kekasih sudah dipinang orang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Penyu itu bertelur beribu-ribu,
     seorang pun tidak tahu;
ayam bertelur sebiji,
     pecah khabar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Penyu Menangis di TerengganuZaid Mohd. NoorUtusan Malaysia04.01.1996
Penyu Yang SakitOmara RahmanMingguan Malaysia04.02.1996
Penyu Menangis dapat sambutanTiadaBerita Harian08.01.1996
Penyu BicaraS. M. SalimUtusan Melayu25.07.1997
Penyu Menangis si Kuala TerengganuTiadaBerita Harian02.12.1995
Penyu Tanpa TelorAdam A. KadirBerita Minggu09.04.1967
Penyu saja faham bahasa iniTiadaUtusan Melayu05.06.1989
Penyu Menangis mencabar NoordinMohd. Lazim EndutUtusan Malaysia03.06.1994
Penyu Menangis mungkin dipentaskan semulaTiadaBerita Harian16.06.1994
PenyuOmara Rahman KTBerita Harian01.02.1990
123456

Kembali ke atas