Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.gi] | ڤريݢي

Definisi : lubang (yg digali dlm tanah) utk men­dapatkan air, sumur: kerana tidak ada bekalan air paip, mereka bergantung pd ~ sahaja utk mendapat air; ~ buta perigi yg tidak mengandungi air lagi; ~ wakaf perigi utk digunakan oleh orang ramai; lopak (men)jadi ~ prb naik darjat (menjadi kaya dll); orang yg menunggu ~ itu, bilakah ia mati dahaga? prb orang yg hampir dgn orang yg berilmu (kaya dll) tidak mungkin menjadi bodoh (susah dll); sebab berkelahi dgn ~ akhirnya mati dahaga prb jangan menentang orang yg berkuasa nanti kita juga yg mendapat kesusahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.gi] | ڤريݢي

Definisi : lubang yg digali di tanah utk mendapatkan air; telaga: ~ buta perigi yg tidak berair lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perigi (kata nama)
Bersinonim dengan sumur, telaga, luak.,

Puisi
 

Gali perigi di tengah padang,
     Boleh saya menumpang mandi;
Ingat saya umur panjang,
     Bulan depan ke mari lagi.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Jangan diperlelarkan timba ke perigi,
     kalau tak putus genting.

Bermaksud :

Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan. (Bandingkan dengan: Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Perigi kasihAlong Nur HakimUtusan Borneo12.04.2009
Perigi IlmuAhmad YaacobMingguan Malaysia (Sudut Sastera)13.08.2000
Perigi TuaRahman C. MBerita Minggu08.03.1998
Perigi Mencari TimbaAmiruddin M. HWarta Perdana05.06.1994
Dari Perigi LamaLeo A. W. SMingguan Utara02.09.1994
Dari Perigi Lama Bagi Generasi BaruLeo A. W. SHarakah20.03.1995
Dari Perigi Lama Bagi Generasi BaruLeo A. W. SHarakah20.03.1995
Dari Perigi Ke Pili, Apa Kesannya?Jusof ManafBerita Minggu18.01.1981
Mencari Perigi (Cinta Madinah)Abu Hasan MoradUtusan Melayu (Mingguan)18.04.2003
Istimewanya perigi Hang TuahAhmad Syakir SaziliKosmo21.05.2005
12

Kembali ke atas