Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rih] | ڤريه

Definisi : Jw 1. pedih: masing-masing berasa ~ perut kerana belum makan lagi; 2. ki payah, susah, tidak senang: kalau engkau lama di kampung engkau akan mengetahui baga-mana ~nya kehidupan petani-petani di kampung ini; jerih ~ susah payah; memerihkan menyusahkan, tidak menyenangkan; keperihan 1. kepedihan, kesakitan: setitik air sabun yg masuk ke matanya menyebabkan ~; 2. ki perasaan tidak senang (tidak gembira dll), kepahitan, kepedihan (perasa­an): dia sendiri dapat berasa ~ yg mencengkam hatinya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
perih (adjektif)
1. Bersinonim dengan pedih: lapar

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan payah, susah, sukar, sulit, rumit, leceh, ruwet,

Kata Terbitan : memerihkan, keperihan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jerih perih riwayat hidup seorang ibuZakaria ArisUtusan Malaysia17.09.1994
Dalam PerihAbdullah A. MBerita Minggu (Sastera dan Budaya)29.07.2001
Jerih perih pertemuan di Tanah SuciA. F. YassinBerita Harian (Sastera dan Budaya)18.07.2000
Jerit perih mudah diselamiAkhbar:  Berita Harian27.08.2003
Harga jerih dan perih (Semakin Dekat)Aminah MokhtarUtusan Malaysia30.06.2004
Mochtar & Diah sama-sama perih - tetap sepakat untuk tidak sepakatTiadaSinar Harapan26.08.1971

Kembali ke atas