Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tang] | ڤتڠ

Definisi : waktu selepas tengah hari (mulai dr matahari turun hingga matahari masuk), sore, lwn pagi: matahari terbit lebih kurang pd pukul 6 pagi dan masuk lebih kurang pd pukul 6 ~; hari sudah ~; ~ esok waktu petang pd hari esoknya; ~ semalam waktu petang pd hari semalam; besok ~ a) petang esok; b) = besok ~nya petang yg berikutnya; ~ Sabtu malam Ahad Sabtu malamnya sebelum Ahad; sepetang-petangan selama (seluruh) waktu petang, sepetang suntuk; memetang-metangkan; ~ hari Mn mem­buang-buang masa dgn berbual-bual dll; kepetangan mengalami (menempuh) petang, kena petang; pemetang-metangkan; ~ hari Mn perin­tang-perintang masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tang] | ڤتڠ

Definisi : ; kepetangan 1. sl sj mata-mata: sembah ~ itu, “Apa daya kula menyendal dia kerana Melayu ini berkeris di hadapan?”; 2. pandai membuat helah (tipu muslihat), cerdik, licik: perajurit yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tang] | ڤتڠ

Definisi : waktu siang sesudah tengah hari hingga matahari terbenam (antara pukul 2.00 hingga pukul 6.59 petang); sore. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petang (kata nama)
Bersinonim dengan sore, matahari turun;,
Kata Terbitan : sepetangan, sepetang-petangan,

Puisi
 

Petang-petang menjolok manggis,
     Manggis jatuh pecah empat;
Petang-petang tunduk menangis,
     Macam burung mencari tempat.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Seperti ayam makan rumput.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Petang malam pertama (Kelmarin Yang Hilang)Iman Al-HakimUtusan Malaysia03.05.2006
Petang yang ceria (Kelmarin Yaqng Hilang)Iman Al-HakimUtusan Malaysia08.09.2006
Petang kesenian rakyat di Pulau PinangAnizaUtusan Malaysia27.11.1975
Petang 13 Mei catat sejarah hitam negaraTiadaMingguan Malaysia01.10.1995
Petang Puisi IPM-Watan08.02.1990
Petang puisi di Menara MaybankA Rahim AbdullahBerita Harian22.03.1997
"Petang di Taman" acara kemuncak Malam TeseriTiadaUtusan Malaysia13.11.1975
'Petang di Taman' bawa kejayaan pada ZainabRamli IsmailBintang Timur13.07.1976
Petang CondongT. Alias TaibBerita Minggu21.12.1992
Petang Di TamanKahar SatfurMingguan Timur18.01.1976
12345678910

Kembali ke atas