Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pim.pin] | ڤيمڤين

Definisi : ; berpimpin 1. dibimbing, dipandu, di­tuntun, ditunjuk: yg capik datang bertongkat, yg buta datang ~; abang tidak senang kerana segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga membosankan; 2. berbimbing; ~ tangan = ~ jari berpegangan tangan; memimpin 1. memegang tangan dan mem­bawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (me­nunjukkan jalan dll), membimbing, menun­tun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, per­gerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, meng­asuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih; terpimpin dipimpin: masyarakat yg tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kpd manusia; ekonomi ~ sistem ekonomi yg mengikut rancangan-ran­cangan dan arahan-arahan pemerintah dll; pimpinan 1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan: rakyat yg mengharapkan ~ drpd mereka; di bawah ~ dipimpin (oleh); memegang ~ memimpin (kumpulan dll); pucuk ~ orang atau badan yg mempunyai kuasa pim­pinan yg tertinggi; 2. yg dipimpin: para ~ Datuk Onn; 3. buku pedoman atau panduan, petunjuk; kepimpinan keupayaan memimpin: ~ melalui teladan; pemimpin 1. orang yg memimpin: ~-~ Perikatan bergembira hari ini menyambut kemenangan mereka; 2. buku pedoman, pe­tunjuk; berpemimpinkan mempunyai seseorang sbg pemimpin, berketuakan: beruntunglah kita sekiranya dapat ~ seseorang yg jujur, cekap dan bertanggungjawab; kepemimpinan keupayaan (kebolehan, pen­capaian, dsb) sbg pemimpin, daya (tindak­tanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemim­pin: dlm pentadbirannya, Dr. Mahathir berusaha membawa corak ~ yg berbeza drpd pemimpin-pemimpin sebelumnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pim.pin] | ڤيمڤين

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), lada hitam hutan, Piper malaccense. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pim.pin] | ڤيمڤين

Definisi : ; berpimpin 1 = ~ tangan (jari) berpegangan tangan (jari) antara dua orang yg berjalan bersama-sama. 2 dibimbing: Yg buta datang ~. memimpin 1 memegang tangan utk menunjukkan jalan dll; membimbing: Dia berjalan-jalan sambil ~ anaknya. 2 menjadi ketua kpd sesuatu pasukan atau pergerakan; mengetuai; mengepalai: Biarlah saya sendiri yg ~ tentera Islam utk menghadapi Maharaja Parsi di tanah airnya. 3 mendidik supaya menjadi pandai (dpt bekerja sendiri dll); melatih; mengasuh: Guru hendaklah pandai ~ murid-muridnya. pimpinan 1 usaha utk memimpin; hasil atau cara memimpin; bimbingan: Di bawah ~nya, pasukan bola sepak kita berjaya memenangi pertandingan itu. 2 yg dipimpin oleh: parti ~ Tun Abdul Razak. pemimpin orang yg memimpin: ~-~ politik tanah air telah bersidang semalam. kepemimpinan hal-hal yg berkaitan dgn pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pimpin
Kata Terbitan : berpimpin, memimpin, terpimpin, pimpinan, kepimpinan, pemimpin,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Asasi pimpin ahli perkaya khazanah mindaTiadaBerita Harian13.10.1998
Ku Pimpin HatikuAminah Abdul MalikMingguan Malaysia20.05.1990
Siapa layak pimpin Gapena?Razali EndunSiasah06.07.2008
Orang buta pimpin 'Sri Pauh'FirdiniUtusan Melayu11.12.1974
Mustapha patut pimpin Umno SabahA. Samad IsmailBerita Harian22.05.1993
Penulis patut pimpin PENTASTiadaMingguan Malaysia27.01.1985
Siapa bakal pimpin Gapena?Mokhtar YusofBerita Harian16.04.1994
Wan Asri pimpin AsterTiadaUtusan Malaysia06.07.1985
Wan Asri pimpin AsterTiadaUtusan Malaysia06.07.1985
Siapa yang akan pimpin Penama nanti?Hamid JinsBerita Harian18.04.1972
123

Kembali ke atas