Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.tas] | ڤينتس

Definisi : ; jalan ~ jalan yg paling dekat: kerana takutkan tentera Jepun yg berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di pinggir kota; sepintas; ~ lalu a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali; c) tidak bersungguh-sungguh, tidak men­dalam (membaca, mengkaji dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ring­kas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan dll): tiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar ~ lalu; memintas 1. melalui (menempuh) jalan yg paling dekat: utk menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; 2. menyeberang jalan dll, merentas jalan dll: mereka ~ arah ke selatan padang itu; 3. = memintasi memotong (meng­halang) perjalanan orang: sesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi oleh Bugis dr darat; 4. menyelang (perbualan, percakapan, dll) orang: “manalah aku tahu,” Karim cepat-cepat ~; 5. = memintasi mencegah atau menghalang (cita­-cita, maksud, serangan musuh dll); 6. = me­mintasi melintasi, melalui, menjalani, meng­atasi: ~ segala kesulitan; memintaskan sl memintasi, mengatasi; pintasan 1. jalan yg paling dekat, jalan pintas; 2. penyeberangan jalan; kepintasan telah dipintasi (dilalui, dicegah, dll); pemintasan 1. perbuatan memintas (memintasi); 2. Mn tempat harimau selalu kelihat­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.tas] | ڤينتس

Definisi : ; jalan ~ jalan yg dekat. memintas 1 melalui atau mengikut jalan yg paling dekat: Supaya lekas sampai, baik kita ~ kebun getah ini. 2 mendahului orang lain dgn bergerak lebih cepat dr belakang; memotong: Dia telah ditahan polis kerana ~ lori di selekoh yg tajam. 3 menyekat atau mengepung perjalanan orang: Orang-orang Bugis telah ~ mereka dr darat. pintasan 1 jalan pintas. 2 titik atau tempat sesuatu garisan memintas salah satu paksi dlm graf. pemintas sesuatu yg memintas. sepintas; ~ lalu 1 sekali lalu atau sambil lalu saja; tidak memandang atau tidak mengamati dgn sungguh-sungguh. 2 tidak bersungguh-sungguh mengkaji atau mempelajari sesuatu; secara ringkas saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pintas (kata kerja)
Bersinonim dengan hambat, kejar, buru;,
Kata Terbitan : sepintas lalu, memintas, memintasi,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
PPEN, Pintas: seiring sejalanMohd. Taib OsmanBerita Harian05.08.1998
Program pintas jawi capai matlamatPak MatlobBerita Minggu09.02.2003
Modul pintas jawi capai kejayaanAkhbar:  Utusan Melayu15.08.2004
Tiada Jalan PintasEffendi M. S. MarsoHarian Ekspres31.08.1997
Sikap 'jalan pintas' punca bangsa Melayu masih lemahSalleh MajidBerita Harian20.06.2002
Menulis puisi tiada jalan pintasT. Alias TaibBerita Harian (Sastera dan Budaya)18.06.2001
Kuasai jawi menerusi Modul Pintas JawiPak MatlobBerita Harian (Pintar Jawi)29.02.2004
Menulis puisi tiada jalan pintas: sekadar penjelasanLee Keok ChihBerita Minggu (Sastera dan Budaya)24.06.2001

Kembali ke atas