[pi.ta] | ڤيتا
Definisi : jalur (kain, kertas, dll) yg panjang, reben: Datuk penghulu pun menjemput beliau utk menggunting ~ yg terentang di tengah-tengah pintu masuk ke balai; ~ cukai Id pita kertas yg bertuliskan harga dan dilekatkan pd bungkusan rokok dll, banderol; ~ magnet pita plastik bersalut bahan bermagnet yg digunakan utk merakam bunyi atau gambar, atau utk menyimpan maklumat; ~ mesin Id tali pesawat; ~ mesin tulis pita yg berdakwat utk mesin tulis; ~ rakam (rakaman) sj pita utk merakam (menangkap) suara dgn menggunakan rakam pita; ~ suara lipatan membran dlm peti suara, yg apabila bergetar akan menghasilkan bunyi; ~ video sj pita utk merakamkan gambar dan suara supaya dapat ditayangkan kemudian pd kaca TV dgn menggunakan perakam video; berpita mempunyai pita atau dibubuh pita: topi yg ~ merah di kelilingnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pi.ta] | ڤيتا
Definisi : carik atau jalur kain dll yg panjang; reben. ~ magnet pita plastik bermagnet yg digunakan utk merakamkan bunyi, gambar atau data komputer. ~ politena pita yg dibuat drpd politena dan digunakan utk mengikat sesuatu. ~ rakaman alat yg menggunakan pita utk merakamkan bunyi dan utk memperdengarkan rakaman. ~ suara bahagian bawah lipatan tisu di dlm larinks yg bergetar apabila udara keluar dr paru-paru dan menghasilkan bunyi. ~ ukur pita drpd kain, logam dll yg ditandai ukuran inci, sentimeter dsb dan digunakan utk mengukur sesuatu, terutamanya semasa membuat pakaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)