[po.lé.mik] | ڤوليميک
Definisi : (polémik) perbahasan (perdebatan, perbantahan) dgn rencana atau tulisan dlm surat khabar (majalah dll): wujudkan ~ yg sihat mengenai keilmuan ataupun isu semasa; berpolemik berbahas atau berbantah dlm surat khabar (majalah dll): memupuk semangat ~ di kalangan cerdik pandai; mempolemikkan membahaskan sesuatu pendapat (isu) dsb dlm bentuk polemik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[po.lé.mik] | ڤوليميک
Definisi : /polémik/ perbahasan yg dilakukan dlm surat khabar atau dlm majalah mengenai sesuatu perkara. berpolemik berbahas dlm surat khabar atau dlm majalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)