Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.fé.sio.nal] | ڤروفيسيونل

Definisi : (profésional) 1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang­-undang, perubatan, dll): golongan ~; ahli ~; 2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksana­kannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara ~; 3. melibatkan pem­bayaran dilakukan sbg mata pencarian, men­dapat bayaran: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis ~; 4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk ~ pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal ~ jabatan dan anggotanya; keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.fé.sio.nal] | ڤروفيسيونل

Definisi : /profésional/ 1 bkn profesion: golongan ~ golongan yg menjawat profesion tertentu (doktor, peguam dsb). 2 orang yg melakukan sesuatu pekerjaan (sbg ahli sukan, pelakon dsb) dgn sepenuh masa atau sbg mata pencarian: Misbun Sidek ialah pemain badminton ~. memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: Persatuan itu berusaha utk ~ pengurusan pasukan bola sepak. keprofesionalan kemampuan khusus sbg profesional; keupayaan orang yg profesional: Pihaknya menggiatkan usaha utk meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata profesional


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Profesional digesa aktif bersasteraTiadaUtusan Malaysia16.04.1993
Profesional masih kagumi budaya penjajahTiadaBerita Harian25.08.1995
Profesional perlu terapkan ilmunya ke dalam karyaMohd. Kasim MahmudMingguan Malaysia06.10.1996
Profesional perlu mendekati sasteraIsmail HusseinHarian Metro17.02.1992
Profesional : Optimis dan pesimisA. Hahim AbdullahBerita Minggu25.03.1990
Profesional masuk gelanggang sasteraJamudin IdrisBerita Harian (Sastera dan Budaya)14.02.2001
Profesional Melayu perlu warnai dunia sasteraZawawi JahyaBerita Harian (Sastera dan Budaya)03.11.2000
Perkembangan Profesional Ahli Akademik...Radzuan GhazaliUtusan Malaysia18.04.2006
Golongan profesional sering buat kesalahanTiadaWatan15.04.1988
Deklamator profesional: mampukah penyair kita?Imlan AbadiWatan14.01.1989
123456789

Kembali ke atas