Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pua/] | ڤواق

Definisi : 1. kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan: mereka dibahagi-bahagikan kpd beberapa ~, se~ pergi ke hutan mencari kayu dan yg lainnya tinggal membuat kerja masing-masing; 2. kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum: bahawa Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa utk berkenalan; 3. golongan orang dlm parti politik (tentera dll) dgn fahaman atau pendirian yg tersendiri, parti: perselisihan ~-~ dlm angkatan darat; ~ kebangsaan (nasionalis); ~ kiri orang (parti) yg berfaham kiri; ~ liberal orang (parti) yg berfaham sederhana; ~ pembangkang parti politik yg bukan parti pemerintah; berpuak, berpuak-puak, 1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah belah: hidup berpuak-puak dan berseteru; memuak-muakkan menyebabkan berpecah menjadi beberapa puak atau golongan, memecah-belahkan kpd beberapa puak: orang-orang muda itu hanya ~ masyarakat yg kecil di situ; kepuakan yg berkaitan dgn (sesuatu) puak: akibat drpd itu maka semakin subur faham ~ yg mendukung pelbagai macam aliran fikiran; perpuakan perihal berpuak-(puak): ini bertentangan dgn rasisme, perkauman, dan ~ dlm segala bentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pua/] | ڤواق

Definisi : kumpulan orang yg mempunyai sifat (fahaman dll) yg sama; golongan; kaum: Di Sarawak, terdapat beberapa ~ yg berbeza cara hidupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puak (kata nama)
1. Bersinonim dengan kelompok: kumpulan, golongan, pasukan, tim, pihak, belah, kalangan, kerabat, marga kobok, etnik,

2. Bersinonim dengan kaum: suku, bangsa, ras, komuniti, masyarakat, keturunan, bani, mujtamak,

Kata Terbitan : berpuak-puak, mempuak-puakkan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Puak fanatik Batu PahatTiadaWatan24.10.1980
Puak Islam mengutuk ihsan kerana tonjol kebebasan seksAstora JbUtusan Malaysia11.03.1990
Puak Islam mengutuk Ihsan kerana tonjol kebebasan seksTiadaMingguan Malaysia11.03.1990
Puak sunahNahmar JamilWatan02.03.1991
Tentang puak, kabilah dan kesombongan bangsaLanang SejagatMingguan Malaysia22.08.1993
Menyedarkan puak pelampau CinaAkhbar:  Utusan Malaysia14.11.2002
Perlu jadi puak globalChamil WariyaUtusan Malaysia30.09.1993
Maklumat samar puak pemisah AchehA. Samad IsmailBerita Harian18.04.1998
Musa bidas puak cabar konsep nasionalismeTiadaBerita Harian09.02.1983
Mujurlah ada puak pembangkangHantu RayaUtusan Melayu02.08.1976
12

Kembali ke atas