Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.pu/] | ڤوڤوق

Definisi : 1. benda yg digunakan utk menyu­burkan tanah (tanam-tanaman), baja; 2. se­suatu yg boleh menyebabkan subur (maju, ber­kembang, dll): nasihat itu dirasainya sbg ~ bagi cita-citanya yg ingin maju; kekalahan Jepun menjadi ~ yg memanaskan perkembangan baharu menuju kemerdekaan; ~ alam pupuk asli spt tahi binatang atau daun­daun (bukan yg dibuat oleh manusia), baja asli; ~ buatan pupuk yg dibuat secara kimia, baja buatan, baja tiruan; ~ hijau pupuk drpd daun atau tumbuh-tumbuhan, baja hijau; ~ kandang pupuk drpd tahi binatang (spt tahi lembu, kerbau, dll), baja kandang; ~ kuda pupuk drpd tahi kuda; memupuk 1. menyuburkan tanah (tanam-­tanaman) dgn pupuk, membubuh pupuk (atau baja) pd, membajai: tanah itu dipupuk dgn baja; 2. menggemukkan (badan, binatang, dll): ayam biri meskipun tidak dipupuk, gemuk juga; 3. menjadikan atau menyebabkan subur (maju, berkembang, dll): karya-karya dan tulisan pengarang boleh ~ semangat dan kemajuan masyarakat; menyemai dan ~ semangat cintakan tanah air; pupukan hasil (perbuatan) memupuk: masyarakat mulai menerima ~ fikiran moden; pemupukan perbuatan (cara, usaha, dsb) memupuk: ~ pengaruh harus banyak mendapat perhatian kita; ~ satu kesedaran dan semangat kemalaysiaan; pemupuk yg digunakan (dipakai) utk memu­puk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pu/] | ڤوڤوق

Definisi : ubat yg dibuat drpd tumbuh-­tumbuhan (daun-daunan dll) yg ditumbuk atau digiling lumat-lumat dan diletakkan di ubun-ubun dll; masih berbau ~ jerengau bp masih muda sangat, masih belum berpengalaman (masih mentah lagi); memupuk meletakkan pupuk (di ubun-ubun dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pu/] | ڤوڤوق

Definisi : bahan yg digunakan utk menyuburkan tanah atau tanaman; baja. memupuk 1 menyuburkan tanah atau tanaman dgn pupuk; membubuh baja. 2 ki menyebabkan menjadi maju (berkembang dll): Kerajaan berusaha ~ perpaduan antara kaum di Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pu.pu/] | ڤوڤوق

Definisi : , = ~ ubat ubat yg dibuat drpd tumbuh-tumbuhan yg digiling lumat-lumat dan ditempelkan pd dahi sebelah atas. memupuk menempelkan pupuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pupuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan baja: kompos, serasah, rabuk,

2. Bersinonim dengan perangsang: pencetus

Kata Terbitan : memupuk,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pupuk amalan membaca sejak bayiMakasom Abd HalimMingguan Wanita29.03.1991
Pupuk tabiat membaca di rumahWan Sabariah Shikh Ali, Wan Hamidi HamidBerita Harian19.12.1988
Pupuk tanggungjawab melalui bahasaFuziah Abd. MajidHarian Metro02.10.1991
Pupuk perpaduan melalui sastera - ZalehaSiti Rohayah AttanUtusan Malaysia30.03.1996
Pupuk semangat jati diriIsa RamliUtusan Melayu04.01.1996
Pupuk semula minat remajaTiadaWatan28.11.1995
Pupuk bakat penulisan kreatifMohd. Nori OthmanWatan Minggu07.09.1997
Pupuk kembali kesenian lamaAshaari MuhammadWatan Minggu26.10.1997
Pupuk kembali jati diri MelayuAzman IsmailUtusan Melayu05.05.2000
Pupuk semangat cintakan warisanJamilah AbdullahUtusan Malaysia30.08.1996
12345678910

Kembali ke atas