Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ra.pu.ra] | ٢ ڤورا

Definisi : tidak sungguh-sungguh, main-main sahaja: bukan sakit sungguh, melainkan ~ saja; berpura-pura berbuat seakan-akan (seolah-olah), melakukan dirinya spt (seseorang dsb yg bukannya dirinya yg sebenar), berlagak: seorang ahli sihir ~ menjadi seorang perempuan tua yg peramah; ~ tidak tahu; ~ tidak melihat; kepura-puraan perbuatan dll yg hanya pura-pura sahaja, kepalsuan: dia ingin mendedahkan segala ~ yg diamalkan oleh gadis itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ra.pu.ra] | ٢ ڤورا

Definisi : tidak sungguh-sungguh atau tidak betul-betul: Mereka itu pejuang ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pura-pura

Puisi
 

Singapura bernama Selat,
     Kain sutera bercampur benang;
Pura-pura hantap melihat,
     Dalam hati syukur mengenang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Menanduk dengan papar.

Bermaksud :

Kekerasan yang pura-pura. papar = rata.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Senyuman Pura-puraRejab F. IBacaria11.02.1983
Akhirnya Pura-PuraIsmat JiwaSabah Times01.10.1984
Dia Tidak Pura-puraAhmad J. HuseinWatan29.07.1985
Ras Adiba pura-pura lumpuhWan Suryana Ton MohdMingguan Perdana18.08.2002
Singa Yang Pura-puraPujangga SeniUtusan Malaysia (Kesihatan)02.03.2003
Ras Adiba jawab tuduhan pura-pura lumpuhAkhbar:  Berita Harian22.08.2002
Seekor Singa Uzur di Sebuah Pulau Pura-puraSahrunizam Abdul TalibMingguan Malaysia17.12.2006
Pura Dalam TawaAn JueBorneo Mail30.10.1997
Pura Bujangga memuatkan 16 cerpen remajaLara RichardBorneo Mail02.03.1991
Pura Cinta KitaShamsul Mardiyyah BahrumBerita Minggu16.01.2006
123

Kembali ke atas