Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ti/] | ڤوتيق

Definisi : buah yg baru jadi (bakal buah), buah yg masih muda dan kecil; ~ mempelam buah mempelam yg baru jadi; berputik 1. mulai mempunyai putik, mulai berbuah: rambutan kami sudah mulai ~; 2. ki menampakkan tanda-tanda akan berjaya (usaha dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ti/] | ڤوتيق

Definisi : buah yg masih muda dan kecil; buah yg baru jadi: ~ mempelam. berputik 1 mula mengeluarkan putik; mula berbuah: Pokok-pokok durian di kampung sekarang sudah ~. 2 ki tampak tanda-tanda yg menyatakan akan berhasil (ttg usaha dsb). memutikkan ki menjadikan berputik: ~ kejayaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putik (kata nama)
Bersinonim dengan bakal buah, pentil, badik.,

Puisi
 

Putik nanas dalam kebun,
     Ambil sebiji letak di tepi;
Siang berpanas malam berembun,
     Tuan tidak ambil peduli.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bunga gugur putik pun gugur.

Bermaksud :

Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Mumbang jatuh [= runtuh], kelapa jatuh [= runtuh]).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Putik-putik HampaAl-HishamHarakah17.01.1994
Putik-putik PertengkaranMalungunBacaria20.03.1991
Putik-putik kemesraanMalungunBacaria11.05.1991
Putik-Putik Yang GugurRose MaliniMingguan Wanita01.11.1983
Peranan yang penting untuk menimbulkan putik-putik minatMana SikanaUtusan Zaman21.04.1985
Putik QunaitaraUmmu Hani Abu HassanMingguan Malaysia10.06.2007
Putik Usia KembaraMarnekartini Mohd. KamilBerita Harian (Sastera dan Budaya)31.08.2000
Putik KelapaPistia PutihMingguan Perdana01.03.1984
Putik KasihMary Teo, MenukbokHarian Ekspres17.01.1987
Bunga Putik PutihSiti Zainon IsmailSabah Times14.01.1990

Kembali ke atas