Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[raih] | راءيه

Definisi : tarik, lwn tolak (dorong, sorong); tolak (menolak) ~ a) beri-memberi serta ambil-mengambil; b) tawar-menawar (berjual beli); meraih 1. menarik kpd diri sendiri: Sufian diraihnya ke dadanya; ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya; ~ dayung; 2. ki menarik (hati), memikat (orang dll); ~ hati menarik hati; 3. memborong utk menjual lagi (barang dagangan): kerjanya ~ ikan utk dibawa ke kampung-kampung; 4. memperoleh, men­dapat­kan, mengumpulkan: memang benar kata-kata Joyah isterinya, apalagi mahu diraih rezeki di sungai itu; dia hanya berjaya ~ pingat perak dlm acara 200 meter; ~ pekung ke dada prb sengaja mencari malu atau bencana; ~ pangkur ke dada prb insaf akan diri sendiri; malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb segala-galanya terserah kpd untung (nasib); peraih 1. pedagang yg membeli barang dgn jumlah yg banyak dan kemudian menjualnya, pemborong, orang tengah; 2. sampan utk ber­dagang (memborong barang-barang dan menjualnya); berjagal ~ Mn berjual beli barang dlm jumlah yg banyak, memborong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[raih] | راءيه

Definisi : ; meraih 1 menarik ke arah diri sendiri: Ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya. 2 membeli barang banyak-banyak utk dijual kembali: Kerjanya setiap hari ~ ikan. peraih orang yg berniaga secara membeli barang banyak-banyak dan kemudian menjualnya pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raih
Kata Terbitan : meraih, peraih,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Raih simpati, kurang musuhAkhbar:  Harian Metro09.05.2002
Raih enam ribu dari novelMazni AliasBacaria04.09.1991
SIFAR raih johan Festival Teater Malaysia 2008TiadaUtusan Sarawak31.07.2008
Hatta raih Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2008Azman IsmailUtusan Malaysia18.08.2008
Ismail raih dua hadiah utama sayembaraNazmi YaakubBerita Harian30.01.2008
Azizi raih hadiah Sastera MASTERA ke-5Rosnani SaadSinar Harian29.11.2007
Yasmin raih pengiktirafan di IranTiadaKosmo02.03.2007
Gubra raih filem terbaikNorhayati NordinHarian Metro14.08.2006
Pernah raih pelakon lelaki terbaik: rasa tanggungjawab bawa kejayaanYusof AbasBacaria13.11.1991
KST raih hadiah RM6,500Jamudin IdrisBerita Harian27.11.1995
1234

Kembali ke atas