Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.mah] | رامه

Definisi : 1. elok dan menarik budi bahasanya (ter­hadap sesiapa): perempuan yg berbudi itu mempelawa lagi dgn ~nya; mereka me­nyambutku dgn ~nya; 2. suka bercampur (bergaul, bercakap-cakap, dll) dgn mesra: gadis yg dahulunya ~, sekarang menjadi pendiam pula; umumnya kaum lelaki ~-~ benar; ~ lidah suka bercakap-cakap; ~ mesra sangat karib (pergaulan); beramah-ramahan bergaul (bercakap-cakap, berkenalan) dgn ramah: serta ~lah aku dgn segala supai-supai itu; meramahi bersikap ramah-tamah kpd, mengambil hati: siapa pun diramahinya; keramahan sifat atau sikap ramah, kemes­raan (dlm pergaulan dsb): kecantikan dan ~ gadis-gadisnya memang tidak dapat di­nafikan; ~ beliau membuatkan kami terasa seolah-olah sudah lama berkenalan; peramah orang yg ramah, bersifat ramah: penumpangnya itu ~ orangnya; bahawa dia sebetulnya lebih ~ dan lebih periang drpd kawannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.mah] | رامه

Definisi : suka bercampur gaul atau suka bercakap-cakap dgn orang serta dgn karibnya: Ia ketua yg ~. ~ lidah suka bercakap-cakap. ~ mesra sangat karib (bkn pergaulan). keramahan keadaan atau sifat ramah. peramah 1 bersifat ramah: Ayu sangat ~. 2 orang yg ramah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramah (adjektif)
Bersinonim dengan mesra, kencang, suka berkawan, pandai bergaul, receng mulut;,
Kata Terbitan : beramah-tamah, beramah-ramahan, meramahi, keramahan, keramah-tamahan, peramah,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ramah-tamah Aidilfitri MANTERA, 28 OktoberTiadaMingguan Sarawak26.10.2008
Ramah faktor penentu kemesraanBambang S. M. SaidHarian Metro08.09.2003
Malam ramah mesra DBP Sabah dan DBP BruneiJasuin MuhammadSabah Times01.07.1981
Pondok Ramah Yang KecundangBABorneo Bulletin01.08.1992
YIIB: Majlis ramah-tamah Aidilfitri DBP Cawangan Sarawak 2008Shammudin Mohd. SalimUtusan Borneo27.10.2008
Percakapan di majlis ramah tamah Persekutuan Bahasa Melayu diUniversiti MalayaTongkat WarrantUtusan Zaman20.03.1955
Perkelahan sastera dan ramah mesra Puspa '89TiadaMingguan Famili03.09.1989
Bangga terhadap bahasanya kurang ramah pada tamunyaRatnawati JamilMingguan Malaysia11.10.1992

Kembali ke atas