Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.pai] | رمڤاي

Definisi : 1. campuran berbagai-bagai, gabungan bermacam-macam; bunga ~ a) campuran ber­bagai-bagai bunga dan daun-daun yg harum; b) himpunan berbagai-bagai cerita (petikan drpd cerita dll); minyak ~ campuran berbagai-bagai minyak wangi; rumput ~ berbagai-bagai rumput; 2. bp bahan utk dijadikan campuran, bahan utk dicampurkan, perencah: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; rampai-rampai campuran berbagai-bagai macam: cerita ~; merampai 1. membuat berbagai-bagai (ber­macam-macam) latihan sekolah: bila sudah ~ dan semua jawaban diperiksa, cikgu me­muji-muji murid yg banyak betul; 2. men­campur bahan-bahan dlm masakan (lauk, gulai, dll), merencah: sambal tumis yg diram­pai dgn kacang panjang; gulai ikan yg di­ram­pai dgn terung; merampaikan mencampur berbagai-bagai bunga; ~ khabar menyiarkan (menyebarkan) berbagai-bagai khabar; rampaian 1. campuran berbagai-bagai macam, rampai-rampai: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; 2. latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah: kanak-kanak akan lebih mundur dlm ~nya jika mereka dipaksa menulis sambung; ~ sains berbagai-bagai macam pengetahuan sains (sains am); buku ~ buku yg digunakan utk menulis (menjawab) latihan di sekolah; kerja ~ berbagai-bagai kerja (latihan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.pai] | رمڤاي

Definisi : campuran yg berbagai-bagai: bunga ~ campuran berbagai-bagai bunga dan daun yg harum baunya. merampai 1 mencampurkan (berbagai-bagai) sayur ke dlm sesuatu masakan: Dia ~ gulai ikan dgn terung, kacang panjang dan tomato. 2 membuat bermacam-macam latihan sekolah dll: Sesudah ~, murid-murid disuruh menyemak kerja masing-masing. merampaikan 1 mencampurkan berbagai-bagai bunga. 2 menjadikan (berbagai-bagai jenis) sayur sbg campuran dlm sesuatu masakan. rampaian 1 campuran pelbagai macam (benda). 2 latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah. perampai (berbagai-bagai jenis) sayur yg dicampurkan ke dlm sesuatu masakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rampai (kata nama)
1. Bersinonim dengan campuran aneka jenis: gabungan pelbagai macam

2. Bersinonim dengan perencah: ramuan

Kata Terbitan : merampai, rampaian,

Puisi
 

Kacang Cina dalam kota,
     Rampai-rampai di Tanjung Puri;
Hidup di dunia bersuka ria,
     Seronok-seronok sementara nak mati.


Lihat selanjutnya...(12)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bunga rampai: catatan berkelanaAdam SallehMetro Ahad23.07.2000
Malam rampai budaya sempena 10 tahun PentasTiadaBerita Minggu12.04.1981
Bunga Rampai Dari BaliJ. M. AzizBerita Harian01.05.1977
Bunga Rampai Di KuburanJu RahimayaMingguan Timur03.09.1978
Bunga Rampai Di KuburanJu RahimayaMingguan Timur03.09.1978
Bunga Rampai Sastera Melayu Brunei 23 FebruariTiadaUtusan Malaysia13.02.1984
Bunga RampaiJ. M. AzizMingguan Malaysia23.09.1979
Bunga Rampai Di KuburanJu RahimayaMingguan Timur01.09.1978
Menabur RampaiSamsudin AhmadMingguan Malaysia11.09.2005
Seharum Bunga RampaiAdiratna PerakMingguan Wanita03.11.2000
12

Kembali ke atas