Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.cang] | رانچڠ

Definisi : sj pancang yg ditajamkan di hujung­nya supaya dapat dicucukkan ke tanah (utk menandai, turus pagar, dll); merancang 1. memacakkan rancang ke dlm tanah (utk menentukan sempadan dll); 2. tegak menganjur ke atas runcing-runcing (mencuar runcing-runcing). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.cang] | رانچڠ

Definisi : ; berancang 1. dgn diatur (difikir­kan masak-masak, direncanakan) lebih dahulu: pembunuhan ~; 2. ada atau tersedia rancangan atau rencananya, diatur dan diawasi (berdasarkan asas-asas tertentu): sistem laissez-faire digantikan dgn sistem ~; merancang 1. mengatur lebih dahulu, mem­persiapkan, merencanakan: antara beberapa kemajuan yg dicapai oleh ilmu perubatan sekarang ialah ilmu ~ keluarga; mereka cuba ~ suatu pemberontakan; 2. meng­anggarkan: negara ~ jumlah peng­hasilan yg mesti dicapai, menentukan apa yg penting dan tidak...; 3. bercadang, mengagak-agak, memikir-mikir, mem­per­timbangkan: ke­raja­an Indonesia ~ hendak memutuskan hu­bung­­­an diplomatik dgn China Komunis; terancang sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dsb yg telah ditentukan; rancangan 1. sesuatu yg dirancang, per­sediaan, persiapan, program, rencana; ~ lima tahun rencana pembangunan negara utk jangka masa lima tahun; 2. = tanah ~ tanah yg diusahakan oleh peneroka-peneroka FELDA (FELCRA dsb); perancangan perbuatan (tindakan, usaha) merancang sesuatu: ~ ekonomi, perusahaan, kebajikan, dan sebagainya; ~ bahasa; perancang orang yg merancang: seorang ~ pelajaran yg terkemuka telah didatangkan; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); Lembaga P~ Keluarga lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemu-dahan bagi orang awam utk merancang keluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.cang] | رانچڠ

Definisi : ; ~ besi a) sj tumbuhan (pokok renek), tongkat ali, dedawai, sedawai, Smilax calophylla; b) sj tumbuhan (pokok me­manjat), pudak tikus, Freycinetia malaccensis; ~ hantu sj tumbuhan (sakat), serugut, Tropidia curculigoides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.cang] | رانچڠ

Definisi : pancang yg tajam hujungnya dan dipacakkan ke tanah (spt bilah yg diberi bergetah utk menangkap burung). merancang 1 memacakkan rancang ke tanah (utk menandai sempadan dll). 2 kelihatan mencuar-cuar tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ran.cang] | رانچڠ

Definisi : ; berancang (dgn) di­fikirkan terlebih dahulu: pembunuhan ~ pembunuhan yg memang sudah difikirkan terlebih dahulu. merancang 1 mengatur sesuatu lebih dahulu; merencanakan: Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan utk ~ penubuhan universiti itu. 2 membuat anggaran; menganggarkan: Persatuan itu belum lagi ~ pendapatan dan perbelanjaannya utk tahun depan. 3 mengagak-agak; memikir-mikirkan apa-apa yg hendak dibuat: Dia ~ bagaimana hendak melanjutkan pelajarannya ke Eropah. rancangan sesuatu (spt acara, program) yg dirancang lebih dahulu; persediaan; persiapan: ~ kemajuan; ~ lima tahun. perancangan perbuatan (hal dsb) merancang. perancang orang (lembaga dll) yg merancang: Lembaga ~ Keluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rancang
Rujuk :pancang


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rancang program jawi lebih awalPak MatlobBerita Minggu27.11.2005
Rancang kembali penggunaan tulisan jawi yang lebih berkesanAkhbar:  Berita Minggu10.06.2001
Giatmara rancang modul khas: kerjasama tarik pelajar lepasan sekolah sertai latihan teknikal.Mohammad IshakBerita Harian02.01.2009
FACT rancang program keilmuanTiadaBerita Harian17.02.2009
Kelantan rancang kembara puisiTorek SulongBerita Harian (Sastera dan Budaya)12.02.2001
Eyemedia rancang ensiklopedia MalaysiaAkhbar:  Berita Harian21.01.2002
UiTM rancang program jawi untuk kakitangan, siswaPak MatlobBerita Minggu13.01.2002
APA rancang berbagai aktiviti sambut MerdekaTiadaMingguan Malaysia28.08.1987
Sabah rancang 3 hari puisiTiadaBerita Harian11.03.1975
Kalam rancang empat program sepanjang 2002Raja Yusof AriffinUtusan Melayu22.02.2002
12345678910...

Kembali ke atas