Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réntak) ® rentak II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. hentaman kaki, hentak: ia men­jawab dgn ~ dan marahnya; 2. = ~ lagu (muzik) gerakan yg teratur (dlm lagu), irama, tingkah: bertepuk tangan, berhentak kaki mengikut ~ lagu; 3. ki gaya, kelakuan, tingkah: ia mencelah mengikut ~ langkah pak menteri; ~ sedegam, langkah sepijak prb Mn setuju, semuafakat; berentak mengikut, mempunyai atau me­makai rentak (lagu atau muzik), berirama: sebuah lagu Melayu asli ~ perlahan di­dendangkan dlm majlis itu; merentak, merentak-rentak meng­hentak-hentakkan kaki (kerana marah dll): ia bangun sambil ~ dan menengking; merentakkan; ~ kaki menghentakkan (meng­­­­hentamkan) kaki. perentak = ~ jantung alat elektronik yg dipasang pd jantung utk memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yg lemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : renggut, sentak; merentak menyentak, merenggut: anjing itu ~ rantainya lalu putus; kemejanya sobek-sobek direntak-rentak orang; terentak tersentak, tergoncang, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; serentak bersama-sama (me­lakukan sesuatu), sekali gus, serempak: kerja hendaklah dijalankan berselang-selang atau ~; bangun ~; lawatan tuan itu ~ dgn ketiba­an pasukan tentera tambahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réntak/; merentak menarik dgn cepat dan kuat; menyentak; merenggut: Orang itu ~ rantainya hingga putus. terentak tertarik dgn kuat; tersentak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 hentakan kaki ke lantai dll kerana marah dsb: Dia menjawab dgn ~ dan marahnya. 2 = ~ lagu (muzik) tempo yg teratur dlm lagu; irama; tingkah: Sekaliannya bertepuk tangan, mengikut ~ muzik. berentak mempunyai rentak: Lagu itu ~ joget. merentak menghempaskan kaki ke lantai; menghentakkan kaki kerana marah dll: Dia bangun sambil ~ dan menengking. merentakkan; ~ kaki menghempaskan kaki; menghentakkan kaki. perentak, = ~ jantung alat elektronik yg dipasang pd jantung utk memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yg lemah. serentak bersama-sama melakukan sesuatu (spt ketika menjawab, berteriak); serempak: Murid-murid itu menjawab ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentak (kata nama)
1. Bersinonim dengan irama: rima, ritma, tempo, intonasi,

2. Bersinonim dengan gaya: kelakuan, tingkah, perlakuan, tindak-tanduk,

Kata Terbitan : merentak-rentak,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rentak-rentak GendangHasyuda AbadiHarian Ekspres12.06.1986
Rentak Alang rentak MelayuNoor Azam ShairiMingguan Malaysia (Pancaindera)16.02.2003
Rentak IramaNor @ BUtusan Borneo11.08.2008
Rentak Kembali BertautIsmail HashimWarta Perdana29.07.2007
'Rentak karya' sumber ilmuMohd Lazim EndutUtusan Malaysia27.01.1993
Rentak Yang Semakin SumbangM. Saleh MahyatHarakah07.05.1993
Rentak Ketulusan PerjuanganRokiah Abd LatifUtusan Borneo18.09.1996
Rentak sastera kebangsaanDaniel Jebon JanaunBorneo Mail13.12.1996
Rentak HidupkuRisma AnangUtusan Malaysia19.12.1997
Rentak kKtaAripin SaidBerita Minggu20.10.1991
12345

Kembali ke atas