Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.nung] | رنوڠ

Definisi : ; merenung 1. memerhatikan dgn teliti, menatap: direnungnya muka anaknya lama-lama; 2. menjenguk, menjengul: ia ~ ke luar jendela; merenungi 1. memandang baik-baik, meng­amat-amati dgn saksama, menatap(i): di­renunginya wajah Siti Salina; lama juga ia ~ kitab itu; 2. memikirkan (sesuatu masalah dll), dgn mendalam; renungan 1. hasil merenung atau merenungi, tatapan, pandangan: malu rasa hatinya kerana ~ Sira Panji itu; drpd air muka dan ~ matanya nyatalah dia menyuruh gadis itu duduk; perenungan perbuatan dsb merenung(i): ~ tentang hubungan antara manusia sbg peribadi yg berdaulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.nung] | رنوڠ

Definisi : ; merenung diam memikirkan se­suatu, termenung memikirkan sesuatu: be­berapa lama ia tinggal ~ di dlm biliknya; ~ hari depan memikir-mikirkan masa depan­nya; merenungkan memikirkan dalam-dalam (masak-masak, sungguh-sungguh), meme­nung­­kan: ia mengambil masa yg lama utk ~ nasihat-nasihat yg diberikan oleh ibunya; renungan sesuatu yg direnungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.nung] | رنوڠ

Definisi : ; merenung memandang dgn teliti atau dgn sungguh-sungguh; memperhatikan baik-baik: Dia ~ muka anaknya dan kemudian memanggil isterinya keluar. merenungkan memikirkan dalam-dalam; mempertimbangkan dgn sungguh-sungguh: Kita harus ~ nasihat ibu bapa kita. perenungan perbuatan, hal dsb merenung atau merenungkan. renungan (sesuatu) yg difikirkan dalam-dalam; buah fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renung
Kata Terbitan : merenung, merenungi, renungan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Renung-RenungkanlahMustaffa AhmadMingguan Malaysia05.11.1995
Renung-renunglahTaisirnaBerita Harian10.04.1998
RenungSeri DamaiMingguan Malaysia10.12.1990
Ku Renung JauhS. M. SalimUtusan Melayu07.07.1995
Pemanah leka renung tau ngasuh ati beraieAnya KedapUtusan Borneo10.06.2008
Cuba kita renung punca kepupusan permainan gasingAbdullah HassanUtusan Malaysia16.06.1990

Kembali ke atas