Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.sah] | رسه

Definisi : tidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup: ia kelihatan ~ dan serba salah; mereka telah ~ menanti; ~ gelisah resah; beresah, beresah-resah berada dlm ke­adaan resah, berusuh hati: sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya; meresah menjadi resah: sebentar kemudian ia ~ lagi; meresahkan menyebabkan resah: panas yg ~ badan; keresahan 1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2. mengalami resah: “teruk betulkah?” Karim ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.sah] | رسه

Definisi : tidak tenang hati kerana sesuatu kejadian dll; gelisah; risau; gugup: Oleh sebab bapanya belum juga pulang, dia kelihatan ~ dan serba salah. meresahkan menyebabkan berasa resah: Peristiwa itu telah ~nya. keresahan keadaan resah; perasaan resah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resah (adjektif)
Bersinonim dengan gelisah, cemas, risau, bimbang, tidak senang, renyah, kelesah, rusuh hati;,
Kata Terbitan : meresahkan, keresahan,

Puisi
 

Kalau menarah batang jati,
     Batang kenanga dikapak juga;
Alangkah resah rasanya hati,
     Sudah lama tak nampak muka.


Lihat selanjutnya...(8)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Resah-Resah Di HatiSiti Muhawa RahmatBerita Minggu01.10.1982
Resah kitaPaul S. JotNew Sabah Times28.09.2008
Resah PuisiAmmi ManjaHarian Ekspress15.06.2008
ResahSaharun MohamadNew Sabah times26.08.2008
Resah (Bersama Akhirnya)Nur Fatihah MahmudBacaria16.05.2007
Resah rahsia keluarga [ ulasan buku Lagu Rindu karya Ayu Emelda ]TiadaBerita Harian15.03.2007
Resah yang menghukum (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia21.03.2007
ResahAlis AshiqinBacaria06.12.2006
ResahAlis AshiqinBacaria08.11.2006
ResahMohd. Azli Lee AbdullahBerita Minggu26.11.2006
12345678910...

Kembali ke atas