Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : 1. tidak banyak mengambil tempat (kecil): lipat baju itu supaya ~; 2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dll): laporan yg ~; penerangan ~ diberikan kpd semua pegawai; jalan ~ jalan yg singkat; huruf ~ kependekan (singkatan); ~nya pen­dek­­­nya; ~ tegas = tegas ~ pendek dan padat (keterangan dll); 3. tidak banyak olahnya (bicaranya dsb), tidak cerewet: orangnya ~ dan mudah diajak berunding; meringkaskan 1. menjadikan ringkas, men­jadikan kecil supaya tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dll), meng­ikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan; ringkasan 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan; keringkasan perihal, keadaan atau sifat ring­­­kas: pentingnya bahan ini terletak pd kepelbagaian dan ~nya; peringkasan perihal meringkaskan: kerana hakikat ini, wujud ~ barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : tidak panjang (bkn cerita, karangan, laporan dll); pendek: Jawab soalan ini dgn ~. laporan ~. meringkaskan menjadikan pendek atau singkat (bkn cerita, laporan dll); menyingkatkan; memendekkan: Murid-murid diajar cara-cara ~ karangan. teringkas ringkas sekali; paling ringkas. ringkasan sesuatu yg telah diringkaskan; inti sari drpd sesuatu cerita dll; singkatan. keringkasan keadaan atau sifat ringkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ringkas (adjektif)
Bersinonim dengan pendek, singkat, padat, tidak panjang;,
Kata Terbitan : meringkaskan, ringkasan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Catatan ringkas dari Brisbane QueenslandDSR EromUtusan Borneo11.05.2009
Bicara ringkas RendraTiadaWatan23.03.1989
Catatan ringkas konsep drama tvTiadaBerita Harian (Singapura)07.12.1981
Tip ringkas jelajah Taman Negara BakoZainudin IsaBerita Minggu23.08.1998
Panduan ringkas menulis diologP. DoraisamyUtusan Malaysia14.07.1984
Biodata ringkasTiadaMingguan Perdana24.04.1987
Sejarah ringkas bahasa MalaysiaTiadaBacaria19.12.1987
Berita ringkasTiadaBerita Harian25.02.1984
Berita ringkasTiadaBerita Harian02.03.1985
Pedoman ringkas sebutan bakuHamli AsadiBerita Harian11.07.1988
123

Kembali ke atas