Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rin.tih] | رينتيه

Definisi : = rintihan 1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan, keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isteri­­nya; 2. kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan: rintihan ang­gota kesatuan itu terhadap penindasan se­tengah-setengah pihak majikan; 3. ke­su­sahan hati, kesedihan: rintihan yg dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan; merintih 1. mengerang (kerana kesakitan dll), mengaduh, mengeluh: di atas sebuah bangku, berbaring seorang laki-laki yg se­dang ~ kesakitan; 2. melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah: mereka se­­lalu ~ kerana kesusahan; 3. sedih, pilu (suara): janganlah ketawa hai anakku, kata­­nya dgn suara ~; merintihi me­­­­­­­lahir­kan pe­­­­­­­­­­­­­­rasaan susah (sedih, kesal, kecewa, dsb) terhadap sesuatu: ~ nasib malang yg me­nimpanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.tih] | رينتيه

Definisi : Kd; merintih memotong daun kelapa dgn menggunakan pisau, parang, dll supaya daun terpisah drpd pelepah: ~ daun kelapa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.tih] | رينتيه

Definisi : , = rintihan suara orang mengerang atau mengeluh kerana sakit dll; keluhan: Kedengaran olehnya ~ bapanya. merintih 1 mengerang atau mengeluh kerana sakit dll: Di dlm bilik itu terbaring seorang tua yg sedang ~ kesakitan. 2 ki melahirkan perasaan sedih atau pilu; mengeluh: Mereka selalu ~ kerana kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rintih
Kata Terbitan : merintih, rintihan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
RintihHasidah DisanUtusan Zaman17.03.1996
Rintih Dari Bumi HerzegovinaSemaluBorneo Mail09.08.1996
Rintih Sang DalangSaidi BakarMingguan Perdana17.12.1989
Rintih Anak BosniaEnn De AinahBorneo Mail06.12.1992
Rintih Muhasabah (Cinta Samawi 2)Fahd RazyBerita Minggu19.09.2004
Cebisan RintihSheena Anak EnjooBacaria28.03.2007
[Sejuta Rintih]SirajhadBacaria09.09.1995
Pementasan Rintih Chicago di Universiti Malaya 3 OgosLaupa JunusWatan Minggu27.07.1997
"Malam rintih rasa"Drarmala N.S.Mingguan Malaysia09.04.1972
Keberanian Faizal arah 'Rintih Chicago' membanggakanTiadaBerita Harian23.06.1997
12

Kembali ke atas