[rom.bong] | رومبوڠ
Definisi : 1. sj bakul besar yg bertutup tempat menyimpan padi dll; 2. sj kembal tempat jahitan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[rom.bong] | رومبوڠ
Definisi : ; merombong 1. berkumpul menjadi kumpulan (orang); 2. ark bertimbun banyak-banyak; rombongan sekumpulan orang (yg bekerja atau datang dll bersama-sama): menteri itu dan ~nya telah tiba di Pulau Pinang pagi tadi; satu ~ pegawai Malaysia akan berunding dgn pegawai-pegawai Filipina; ~ kebudayaan sekumpulan penari (pelakon, penyanyi, dll) yg melawat ke sesuatu tempat utk membuat pertunjukan dsb; berombongan secara (berupa) rombongan, berkumpulan: membuat lawatan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[rom.bong] | رومبوڠ
Definisi : sj bakul besar yg dibuat drpd daun mengkuang utk tempat padi dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[rom.bong] | رومبوڠ
Definisi : ; rombongan sekumpulan orang yg bekerja, melancong dll bersama-sama: Satu ~ pelawat dr Sarawak telah melawat Angkasapuri pagi tadi. berombongan secara rombongan; berkumpulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)