Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rum.pun] | رومڤون

Definisi : 1. kumpulan tumbuhan yg seolah-olah mempunyai akar yg sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu: ~ buluh; ~ padi; 2. ki perindukan (orang-orang yg seketurunan, mempunyai nenek moyang yg sama), se­golongan besar bangsa (bahasa) yg sama asal dan jenisnya, golongan yg sejenis (karya kesusasteraan): ~ bangsa Mongol; bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dlm satu ~ bahasa; ~ cerita rakyat; 3. = ~ telinga lekuk daun telinga; 4. ikatan, rangkaian; alah di ~ betung prb, Mn kekalahan yg tidak memuaskan orang (pihak yg kalah); tak jauh rebung di ~nya prb perihal perangai anak yg tidak berbeza drpd orang tuanya; serumpun 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, se­pe­rindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; ~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu prb bersatu hati dlm segala hal; tebas buluh ~ prb perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yg tidak baik); keserumpunan perihal atau keadaan ter­golong di dlm satu rumpun atau rumpun yg sama: ~ bahasa; berumpun, berumpun-rumpun 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tum­buh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rum.pun] | رومڤون

Definisi : 1 kumpulan pokok dll yg sama jenisnya dan tumbuh berkelompok-kelompok, spt buluh, padi; perdu: ~ buluh; ~ padi. 2 kumpulan orang yg sama atau yg serupa asal usulnya; golongan bahasa atau bangsa yg sama asal dan jenisnya: ~ bangsa Mongolia. berumpun tumbuh sbg rumpun; berperdu. berumpun-rumpun be­berapa rumpun; banyak rumpunnya. serumpun 1 satu rumpun: ~ buluh; ~ serai. 2 sekumpulan bahasa (bangsa) yg sama asalnya: Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu ini ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumpun (kata nama)
Bersinonim dengan perindukan, famili, kumpulan, kelompok.,

Puisi
 

Tetak palas rumpun palas,
     Mari dimakan atas bendul;
Duduk malas berdiri malas,
     Kerana khidmat diri terkabul.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kerosok ular di rumpun bambu.

Bermaksud :

Ancaman daripada orang yang pengecut. kerosok = bunyi di daun-daun kering kerana dilalui binatang atau lain-lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)

179

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Rebung tidak jauh dari rumpun

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rumpun-rumpun BatuMaznan NoordinUtusan Zaman16.04.1972
Rumpun Bangsa Di Tebing SejarahM ArifBerita Minggu01.07.2007
Rumpun KitaSyarifah Salha Syed AhmadBerita Harian07.05.2006
RumpunZairis M. SBerita Minggu11.09.1966
Rumpun Seni Kelantan masih bertenagaSalisih MurniMingguan Malaysia27.10.1985
Rumpun Seni Banting baru ditubuhkan sudah terkenalHamzah NorBerita Harian12.04.1975
Rumpun kasih satu bumbungHamid KarimMetro Ahad02.06.1996
Rumpun Melayu perlu bekerjasamaJamudin Idris, Minarmi Mat SaadBerita Harian25.09.1996
Rumpun Melayu semakin rendang, tetapi siapa yang berteduh?A. Nazri AbdullahBerita Harian15.09.1996
Rumpun Melayu akan mempertahankan tulisan jawiTiadaUtusan Malaysia13.11.1993
1234567

Kembali ke atas