Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa/.si] | سقسي

Definisi : orang yg mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan): siapa ~nya dlm perbicaraan tadi?; ada ~ku yg kauambil barang itu; ~ ahli Id saksi yg dipilih kerana keahliannya; ~ alibi Id saksi yg tidak melihat sesuatu peristiwa; ~ dusta Id = ~ palsu saksi yg diada-adakan (tidak benar); bersaksi 1. mempunyai saksi, ada saksi: per-bicaraan itu dibatalkan kerana tidak ~; 2. menjadikan sbg saksi; ~ ke lutut prb a) men-jadikan sanak saudara sbg saksi; b) meminta pengadilan kpd orang yg bodoh; bersaksikan mempunyai seseorang sbg saksi: pernikahan itu ~ dua orang saksi lelaki yg memenuhi syarat sbg saksi; menyaksikan 1. melihat (menghadiri dll) sbg saksi, melihat (menghadiri dll) sendiri: mereka berkahwin dgn disaksikan oleh ibu bapa mereka; 2. melihat (sendiri): orang yg datang utk ~ permainan itu makin bertam-bah; konsep inilah yg telah diterapkan, dan akibatnya masih dapat disaksikan hingga ke masa kini; mempersaksikan 1. memperlihatkan sbg bukti, membuktikan: dia ingin ~ ke­boleh­annya kpd rakan-rakannya; 2. memper­lihatkan kpd orang lain supaya menjadi saksi; kesaksian keterangan yg diberikan oleh orang yg melihat (mengetahui dll), bukti, kenyataan: sekiranya seseorang drpd saksi-saksi itu bertelingkah, maka ~ itu tidaklah sah; penyaksian perbuatan menyaksikan; penyaksi; ~ mata orang yg melihat sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa/.si] | سقسي

Definisi : 1 orang yg melihat atau menge­tahui sesuatu perkara dan dpt mem­berikan keterangan: Saya turut me­nan­datangani perjanjian itu sbg ~. 2 orang yg memberikan keterangan di mahkamah bagi pihak pendakwa atau bagi pihak pembela: ~ yg kedua itu dianggap tidak sah. bersaksi 1 ada saksinya: Perkahwinan itu tidak sah kerana tidak ~. 2 mengambil sesuatu sbg saksi atau utk menunjukkan bukti. ~ ke lutut mengambil sanak saudara sbg saksi. menyaksikan 1 melihat sendiri; menghadiri: Lebih kurang 40,000 orang telah ~ pertandingan bola sepak itu malam tadi. 2 melihat atau menghadiri sbg saksi: Siapa yg akan ~ upacara akad nikahnya nanti? 3 menunjukkan sesuatu sbg bukti; mem­benarkan sesuatu dgn bukti atau dgn saksi; membuktikan: Kehebatannya akan disaksikan dlm pertarungan itu nanti. kesaksian 1 keterangan (bukti dsb) yg diberikan oleh saksi. 2 hal menjadi saksi: ~nya memang tidak dipertikaikan. penyaksian perbuatan atau hal me­nyak­sikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saksi (kata nama)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan pemerhati, penonton,

2. Bersinonim dengan bukti: tanda, dalil, keterangan,

Kata Terbitan : bersaksi, menyaksikan, mempersaksikan, kesaksian, penyaksian,

Puisi
 

asdf asdf asd afasdf asf


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bersaksi ke lutut.

Bermaksud :

Minta pertimbangan kepada orang yang bodoh; sahabat atau sanak saudara dijadikan saksi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Saksi....Marion NgadimanMinda Pelajar21.03.1994
Saksi diperintah hadir perbicaraan Zakri AbadiTiadaUtusan Malaysia16.12.1993
SaksiChe Soo IsmailMingguan Malaysia25.09.1994
SaksiYudhistira, Dianing WidyaRepublika03.12.1995
Saksi keduaTiadaUtusan Melayu06.02.1998
SaksiOsman DolWatan10.03.1990
Saksi Yang BenarLeo A. W. SMingguan Malaysia28.06.1992
SaksiDarma MohammadBerita Minggu (Sastera & Budaya)11.11.2001
Saksi ke layar perak?Akhbar:  Harian Metro14.05.2004
Saksi : sanggahan kepada feminismeLuqman HakimUtusan Malaysia16.10.2003
123456

Kembali ke atas