Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bung] | سامبوڠ

Definisi : ; ~ tangan ki pertolongan, bantuan; bersambung 1. berhubung dgn (tali dll), ber­cantum dgn, berkaitan dgn: anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu; 2. berlanjutan, ber-pan­jangan, berturut-turut: ketawanya ~ lagi tanda benar-benar geli hati; lari ~ Id lari berganti-ganti; 3. diberi tambahan: pita yg ~; ~ berulas tangan ki mendapat bantuan (per­tolongan); sambung-bersambung berlanjut-lanjutan, beruntun-runtun, berganti-ganti; menyambung 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan di­sambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. meng­hubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (tele­fon yg mendapat panggilan dgn sam­bungan-sambungan lain); sambung-menyambung 1. bersambung-sambung terus; 2. sambung-bersambung; menyambungkan 1. memanjangkan (cerita, perbualan, dll), meneruskan: apa yg saya usahakan selama ini ialah mencari wang dan ~ pasport; dia ketawa, dan kemudian ~ semula percakapannya; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (perkara yg putus-putus dll): leher itu ~ kepala dgn badan; 3. meng-gunakan sesuatu utk menyambung; 4. menyam-bung utk (orang lain): dia ~ anaknya tali itu; sambungan 1. tambahan (utk memanjang-kan sesuatu), lanjutan (perbualan, cerita, dll): ada ~nya lagi; 2. sesuatu yg telah disambung; ~ tangan penolong, pembantu; 3. talian telefon drpd telefon utama, yg disambungkan ke beberapa bahagian lain dlm sesebuah bangunan: ~ telefonnya di pejabat ialah 2751; bersambungan mempunyai sambungan (tam-bahan, lanjutan); kata ~ Id kata terbitan; persambungan perihal (keadaan dsb) ber-sambung atau berterusan, kesinambungan, kelanjutan (kpd sesuatu yg sebelumnya): ~ istiadat itu selepas zaman Melaka juga agak sukar dikesan; budaya popular merupakan ~ budaya tradisi; penyambungan perihal menyambung, pe-nerusan: hari ~ pembicaraan itu telah pun ditetapkan; penyambung 1. sesuatu (alat dll) yg menyam-bung atau meneruskan, penghubung; tanda ~ tanda sempang; 2. orang yg menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dll: kamu semua adalah ~ usahaku; ~ lidah orang perantaraan, jurubicara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bung] | سامبوڠ

Definisi : ; bersambung 1 ada tam­bahan yg memanjangkannya: Tali yg ~ tidak berapa teguh. 2 dlm keadaan berhubung; berkaitan: Pagar rumah saya ~ dgn pagar rumahnya. menyambung 1 memberikan tambahan supaya men­jadi lebih panjang dll; memperpanjang: Selepas menuai nanti, saya bercadang hendak ~ rumah dapur ini. 2 meng­hubungkan benda yg putus-putus atau benda yg patah: ~ rantai basikal dgn dawai. menyambungkan 1 men­­­jadikan sesuatu bersambung pd se­suatu yg lain; menggunakan se­suatu utk menyambung: Leher ~ kepala dgn badan. 2 menyambung utk orang lain. sambungan apa-apa yg ditambahkan pd sesuatu supaya menjadi lebih pan­jang dll; tambahan. penyambung­an perbuatan (hal dsb) menyambung atau menyambungkan. penyambung sesuatu yg digunakan utk menyambung; sesuatu yg menyambungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Layang-layang terbang melayang,
     Putus tali sambung benang;
Siang malam terbayang-bayang,
     Budi bahasa terkenang-kenang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kurang tambah menambah,
     senteng bilai-membilai.

Bermaksud :

Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. senteng = kurang cukup; bilai = sambung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sambung cerita kawanAbdullah HussainBacaria22.07.1995
Melaka sambung kembnali kegemilanganM. Hanafiah A. SamadBerita Minggu15.03.1984
Wan azam sambung tradisi ibuMohd Nasif BadruddinHarian Metro18.04.2007
Penulis lirik sambung pengajian PhDTiadaHarian Metro27.02.2007
Wan Mustaffa sambung warisan ayahnyaMohd IshakBerita Harian04.09.1984
3P akan sambung kursus penulis tahun depanMokhtar A. KMingguan Malaysia24.12.1972
3P akan sambung kursus penulis tahun depanMokhtar A. KMingguan Malaysia24.12.1972
Angkatan muda diseru sambung perjuangan budayawan lamaAbu Hassan AbdulMingguan Wanita19.12.1986
Asas 50 akan sambung bengkel menulis skripTiadaBerita Harian (Singapura)27.01.1983
'Saya tidak akan sambung novel ini'TiadaBerita Harian09.11.1985
12

Kembali ke atas