Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.jung] | سانجوڠ

Definisi : ; menyanjung 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik, berani, dll), meletak-kan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji: mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati, memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disan-jung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendak-lah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya; menyanjung-nyanjung memuji dgn ber­lebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali? sanjungan 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.jung] | سانجوڠ

Definisi : ; menyanjung memberi peng­­­hargaan terhadap sesuatu yg baik dll; memuji: Mereka ~ kebaikan budi orang-orang yg telah membantu mereka ketika banjir dahulu. ~ diri membesarkan atau membanggakan diri sendiri; ~ hati mengambil hati; memujuk. menyanjung-nyanjung memuji-muji atau menghormati dgn berlebih-lebihan: Jangan suka ~ anak sendiri. sanjungan 1 penghormatan yg diberi­kan; peng­hargaan; pujian. 2 seseorang yg di­sanjung; yg selalu dipuji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sanjung
Kata Terbitan : menyanjung, sanjungan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Madah sanjung Wanita baikJamudin IdrisBerita Harian08.04.1997
Johor sanjung tinggi jasa Datuk OnnZabhaUtusan Melayu18.10.1984
Malam puisi sanjung wanita di UMTiadaBerita Harian04.04.1997
Penulis2 Muar sanjung pimpinan IsmailTiadaBerita Minggu20.07.1974
Dr. Ting sanjung bahasa bakuTiadaWatan10.05.1988
Karyawan Filem sanjung usaha FinasTiadaUtusan Melayu03.06.1991
Kita patut sanjung jasa GapenaTiadaWatan09.04.1982
2 badan penulis sanjung jaminan Menteri BesarTiadaUtusan Malaysia05.07.1990
Ilham dan madah ...sanjung wanita melalui seniTiadaUtusan Malaysia22.04.1997
Ulamak-ulamak Kedah sanjung tinggi putusanTiadaBerita Harian28.08.1981
12

Kembali ke atas