Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.tan] | سنتن

Definisi : air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur); ~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna di-sayangi, sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan; meramas ~ di kuku prb me-minta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.tan] | سنتن

Definisi : air dr kelapa parut yg diramas (berwarna putih spt susu): kepala ~ santan yg agak kental. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata santan

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Santan dibalas dengan tuba.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Santan Berlada punya dialog kurang sopanTiadaMingguan Malaysia28.07.1985
Santan Berlada lebih hebat dari Tekatia dan Setangkai IramaTiadaBerita Minggu03.06.1985
'Santan Berlada' serikan malam Satria Ogos 24 OgosTiadaUtusan Malaysia09.08.1985
'Santan Berlada' drama komedi penuh sindiranZubairi ZabidinBerita Harian11.02.1985
Santan Berlada : Senator perlu beri ideaTiadaUtusan Malaysia07.08.1985
'Santan Berlada' penuh dengan sindiran-sindiran tajamZubairi ZabidinUtusan Malaysia08.04.1985
Santan Berlada : Harap teruskanTiadaUtusan Malaysia31.07.1985
'Santan Berlada' paparkan realiti hidup berbentuk komedi- KassimTiadaUtusan Malaysia31.07.1985
Santan berlada berjaya mencuit hati penontonOsman RaniUtusan Malaysia01.08.1985
Santan Berlada timbul dalam Dewan NegaraTiadaUtusan Malaysia01.08.1985
123

Kembali ke atas