Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dap] | سدڤ

Definisi : 1. enak (pd rasa, bau, dll): kuih itu sangat ~ rasanya; 2. senang (pd perasaan dll), nyaman: tubuh saya tidak ~; asal ada kata begitu alangkah ~ di dlm hati; ~ hati senang, tenteram; ~ keleh Kl indah (pd pandangan) dan menarik; ~ manis a) sopan santun dan menarik hati (kelakuan); b) enak (cita rasanya); ~ mulut sekehendak hati: jangan pakai cakap ikut ~ mulut; ~ dahulu pahit kemudian prb melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan dahulu buruk baiknya akhirnya akan menyesal; ~ manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb sebarang bicara orang hendaklah di­timbang­­kan lebih dahulu sebelum diterima atau ditolak; menyedapkan menjadikan sedap (enak, senang, tenteram, dll), menyamankan, me­nyenangkan (hati, perasaan): pengakuan doktor itu ~ hati isterinya; Aji-no-moto ialah sj bahan utk ~ masakan; sedap-sedapan, sedapan (hidangan) ma­kanan yg sedap-sedap atau enak; kesedapan perihal sedap, rasa sedap, keenak-an, kelazatan: mereka semuanya kesiangan pagi itu kerana ~ tidur; penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata itu menjadi ~ hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dap] | سدڤ

Definisi : ; ~ malam sj tumbuhan (herba), kerak nasi, Polianthes tuberosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dap] | سدڤ

Definisi : 1 enak rasanya; lazat: Kuih ini sungguh ~. 2 dpt memberi kepuasan kpd perasaan; nyaman; seronok: Saya be­rasa tidak ~ badan hari ini. menye­dap­kan membuat menjadi sedap atau menjadikan berasa sedap; meng­-e­nakkan; menyamankan: Utk ~ masak­an tuan, bubuhlah serbuk perasa sedikit. mempersedap menjadikan lebih se­dap. kesedapan hal atau keadaan sedap; rasa sedap; keenakan; kelazatan; kenyamanan. penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata ~ hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedap (adjektif)
1. Bersinonim dengan enak: lemak, manis, lazat, nikmat, perisa, latif, gurih, legit,
Berantonim dengan hambar

2. Bersinonim dengan segar: seronok, selesa, nyaman, senang, nikmat, enak, indah, sihat, naim,

Kata Terbitan : menyedapkan, kesedapan, penyedap,

Puisi
 

Sedap sungguh jeruk maman,
     Lepas setalam setalam pula;
Sedap sungguh berbantal lengan,
     Lepas semalam semalam pula.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sedap Nasi Berpadan HargaKhadijah HashimMingguan Malaysia17.12.2006
Sedap-nyaMasuri S. NBerita Minggu31.05.1970
Sedap (Gelas-gelas Kaca Siri 7)Nik AbdullahMingguan Wanita01.11.1987
Antara sedap didengar dan perkataan betulBadrul Hisham Abdul AzizUtusan Malaysia01.04.1994
Bunga Sedap MalamNajwanulMingguan Tempo12.12.1993
Mana sedap? Tengok wayang atau baca akhbar?Hantu RayaUtusan Melayu11.02.1980
Kuntum Sedap MalamZaen KasturiMingguan Malaysia09.07.1991
Yang sedap belum tentu betulBambang S. M. SaidHarian Metro23.12.2002
Angin Yang SedapJihaty AbadiMingguan Malaysia28.06.1970
Cakap2 yang sedap...Pak Pandir ModenUtusan Malaysia05.07.1979
12

Kembali ke atas